Pengaruh faktor persekitaran terhadap sikap ponteng sekolah dalam kalangan murid daerah Penampang, Sabah
Masalah ponteng menjadi isu penting kerana membawa impak negatif kepada pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. Tinjauan literatur turut mengaitkan ponteng sebagai asas penglibatan aktiviti jenayah. Berdasarkan latar belakang tersebut, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti faktor-f...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12851/1/Pengaruh%20faktor%20persekitaran.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masalah ponteng menjadi isu penting kerana membawa impak negatif kepada
pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. Tinjauan literatur turut
mengaitkan ponteng sebagai asas penglibatan aktiviti jenayah. Berdasarkan latar
belakang tersebut, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor
persekitaran yang mempengaruhi sikap ponteng dalam kalangan murid sekolah
rendah daerah Penampang Sabah.K ajian deskriptif ini mengaplikasikan metodologi
tinjauan. Data dikumpul menggunakan satu set soal selidik berstruktur. Seramai
275 orang murid dari 21 buah sekolah rendah terlibat sebagai responden kajian.
Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi bagi menjawab
soalan-soalan kajian dengan menggunakan program SPSS (Statistical Package for
Social Science) versi 17.0. Berdasarkan analisis deskriptif, faktor guru adalah
komponen persekitaran paling mempengaruhi sikap ponteng dalam kalangan murid
berbanding faktor lain seperti keluarga, suasana sekolah dan rakan sebaya. Ujian
Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan sangat kuat
di antara faktor persekitaran dengan sikap ponteng. Faktor persekitaran juga
didapati menjadi peramal dan sangat mempengaruhi sikap ponteng murid
berdasarkan analisis ujian Regrasi Pelbagai. Kajian ini merumuskan bahawa guru
perlu lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas di kelas. Selain itu,
peranan ibu bapa juga harus ditingkatkan terutamanya dalam soal pendidikan
anak-anak mereka. Pihak sekolah perlu mengkaji semula keberkesanannya
menangani masalah ponteng dalam kalangan murid. Akhir sekali, sekolah disaran
untuk menjadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi yang berkesan dalam pendidikan
anak-anak |
---|