Pengaruh tret personaliti dan motivasi terhadap kreativiti pelajar: satu kajian di sebuah sekolah di Kota Kinabalu, Sabah

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh tret personaliti dan motivasi terhadap kreativiti dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Sabah. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan ini melibatkan seramai 111 orang pelajar aliran sains sahaja. Set ujian krea...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lian, Ivy
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12860/1/Pengaruh%20tret%20personaliti%20dan%20motivasi.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh tret personaliti dan motivasi terhadap kreativiti dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Sabah. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan ini melibatkan seramai 111 orang pelajar aliran sains sahaja. Set ujian kreativiti TCCT digunakan untuk mengukur pemboleh ubah terikat iaitu kreativiti dan soal selidik digunakan untuk mengukur pemboleh ubah bebas iaitu motivasi dan personaliti pelajar. Set ujian kreativiti TCCT mengandungi aktiviti membina gambar, penambahbaikan prod uk, kegunaan yang pelbagai dan melukis berasaskan segitiga untuk menguji kreativiti pelajar dari segi keaslian, kelancaran, kelenturan dan penghuraian (Torrance, 1974). Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini diuji menggunakan satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A adalah demografi pelajar, bahagian B adalah personaliti pelajar (diadaptasi daripada Neo Ave Factor Inventory oleh Costa, Paul T. dan McRae, Robert R.) dan bahagian C adalah motivasi pelajar (diadaptasi daripada The Situational Motivation Scale). Data dianalisis dengan menggunakan aplikasi SPSS 21 iaitu analisis ujian-t dan analisis regresi pelbagai. Dapatan kajian membuktikan bahawa motivasi bertindak sebagai perantara separa di antara personaliti Model Lima Faktor dengan kreativiti pelajar. Daripada lima aspek personaliti Model Lima Faktor pula, hanya ekstraversi (13= .273, t=2.3s0, k<.05) dan kesetujuan (13= .210, t=2.18s, k < .05) merupakan peramal yang signifikan kepada kreativiti pelajar. Hasil analisis ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kreativiti di antara pelajar lelaki dan perempuan, t (109) = -.383, k > 0.05, walaupun nilai min yang berbeza antara lelaki dan perempuan. Kajian ini telah memberi implikasi dalam bidang ilmu kreativiti bahawa motivasi berperanan sebagai perantara dalam hubungan di antara personaliti Model Lima Faktor dengan kreativiti. Penyelidikan ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan secara amnya dan dalam bidang ilmu kreativiti khususnya.