Hubungan kompetensi dan prestasi kerja dalam kalangan pentadbir Universiti Malaysia Sabah: Penghakupayaan sebagai moderator

Kecemerlangan sesebuah organisasi sering dikaitkan dengan kompetensi individu. Berdasarkan teori dan Model Kompetensi Bongkah Ais McClelland, sebuah model perhubungan telah dibina yang mengandungi pembolehubah kompetensi, prestasi kerja dan penghakupayaan. Persoalan kajian ini adalah 1) apakah te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Darwis Awang
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/16854/1/Hubungan%20kompetensi%20dan%20prestasi.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kecemerlangan sesebuah organisasi sering dikaitkan dengan kompetensi individu. Berdasarkan teori dan Model Kompetensi Bongkah Ais McClelland, sebuah model perhubungan telah dibina yang mengandungi pembolehubah kompetensi, prestasi kerja dan penghakupayaan. Persoalan kajian ini adalah 1) apakah terdapat hubungan langsung antara kompetensi individu (KI) secara keseluruhan dan secara dimensional dengan prestasi kerja individu (PKI); 2) apakah terdapat hubungan langsung antara pembolehubah penghakupayaan (PN) dengan PKI; dan 3) apakah PN boleh berperanan sebagai moderator terhadap hubungan antara KI keseluruhan dan secara dimensional dengan PKI. Objektif kajian ini adalah 1) mengenalpasti hubungan langsung antara kompetensi individu (KI) secara keseluruhan dan secara dimensional dengan prestasi kerja individu (PKI); 2) mengenalpasti hubungan langsung antara pembolehubah penghakupayaan (PN) dengan PKI; dan 3) mengenalpasti kesan PN sebagai moderator hubungan antara KI keseluruhan dan secara dimensional dengan PKI. Kajian ini dijalankan ke atas 98 responden yang terdiri daripada skim Pegawai Tadbir dalam gred N41 hingga gred N48 di Kampus Induk UMS, Kota Kinabalu. Sebanyak lima (5) hipotesis telah dibina. Kajian ini mengguna pakai perisian Smart Partial Least Squares (PLS) versi 2. Kajian mendapati, 1) wujud hubungan langsung antara kompetensi individu (KI) secara secara dimensional dengan prestasi kerja individu (PKI); 2) terdapat hubungan langsung antara pembolehubah penghakupayaan (PN) dengan PKI; dan 3) tiada kesan PN sebagai moderator terhadap hubungan antara KI keseluruhan dan secara dimensional dengan PKI. HasH kajian memberikan implikasi kepada Pengurusan Sumber Manusia, kajian dalam bidang sumber tenaga manusia dan implikasi kepada Pengurusan Tertinggi di UMS. Beberapa batasan kajian telah dikenalpasti