Penglibatan pemimpin Bajau dalam sistem pentadbiran Negeri Sabah (1881-2000)
Penglibatan pemimpin Bajau dalam aspek pentadbiran negeri Sabah dapat dijejaki sejak era pra-kemerdekaan lagi. Selepas Sabah merdeka, penglibatan pemimpin Bajau dapat diselusuri di semua peringkat pentadbiran dan didapati pemimpin Bajau yang terlibat ini sebahagiannya dari jurai keturunan pemimpi...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
語言: | English |
出版: |
2016
|
主題: | |
在線閱讀: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/16857/1/Penglibatan%20pemimpin%20bajau.pdf |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Penglibatan pemimpin Bajau dalam aspek pentadbiran negeri Sabah dapat dijejaki
sejak era pra-kemerdekaan lagi. Selepas Sabah merdeka, penglibatan pemimpin
Bajau dapat diselusuri di semua peringkat pentadbiran dan didapati pemimpin Bajau
yang terlibat ini sebahagiannya dari jurai keturunan pemimpin era pra merdeka lagi.
Penyelidikan yang berbentuk kualitatif ini bertujuan untuk mengkaji penglibatan
pemimpin Bajau dalam sistem pentadbiran yang pelbagal di Sabah sebelum
merdeka sehingga ke zaman kontemporari, dan menilai sejauh mana penglibatan
mereka ini telah memberi impak kepada masyarakat Bajau khususnya dan negeri
Sabah amnya. Aspek yang ditekankan'dalam kajian merangkumi ciri-ciri pentabiran
yang melibatkan pemimpin Bajau, peranan yang mereka mainkan dalam aspek
pentadbiran dan kesannya, serta isu dan cabaran yang mereka hadapi sepanjang
penglibatan mereka dalam bidang pentadbiran. Kajian yang menggunakan
pendekatan sejarah dari segi pengutipan sumber pimer dan sekunder, mendapati
bahawa sejak pra kemerdekaan, pemimpin Bajau telah terlibat secara langsung
dalam sistem pentadbiran kesultanan (Brunei dan Sulu) dan sejak era penjajah.
Kajian inl juga mendapati bahawa penglibatan pemimpin Bajau dalam aspek
pentadbiran banyak dipengaruhi oleh perkembangan politik semasa yang wujud
pada masa tersebut dan pengaruhnya ke atas semangat nasionalisme masyarakat
Bajau. Temyata semua ini mendorong kepada penglibatan aktif masyarakat Bajau
dalam pelbagai peringkat pentadbiran seperti peringkat pentadbiran pribumi,
daerah dan negeri selepas merdeka. Hasil kajian juga mengenalpasti, peranan
mereka semasa pra merdeka agak terbatas dengan hanya bertindak sebagai ketua
adat, memungut cukai dan menjaga keamanan kampung. Keadaan berbeza selepas
merdeka, apabila mereka antara individu yang menjadi tunjang kepada pentadbiran
Sabah dan bertindak merancang serta melaksanakan dasar-dasar pembangunan
negeri Sabah meliputi aspek sosial dan ekonomi. Penyertaan aktif pemimpin Bajau
dalam pentadbiran Sabah dipandang tinggi, tetapi jalan menuju kejayaan juga
dibayangl oleh pelbagai isu dan cabaran dalam pentadbiran di sepanjang perjalanan
tersebut. |
---|