Pembentukan model lakon dekonis dalam pementasan dekon versi makum
Dekonis merupakan salah satu daripada elemen penting dalam sebuah pementasan Dekon versi MAKUM. Seperti pelakon di dalam genre seni pementasan lain, dekonis juga mempunyai peranan dan fungsi tertentu. Bagaimanapun terdapat ciri-ciri tertentu yang perlu diketahui oleh para dekonis dalam menjalanka...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
語言: | English |
出版: |
2016
|
主題: | |
在線閱讀: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/16859/1/Pembentukan%20model%20lakon%20dekonis.pdf |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Dekonis merupakan salah satu daripada elemen penting dalam sebuah pementasan
Dekon versi MAKUM. Seperti pelakon di dalam genre seni pementasan lain, dekonis
juga mempunyai peranan dan fungsi tertentu. Bagaimanapun terdapat ciri-ciri
tertentu yang perlu diketahui oleh para dekonis dalam menjalankan peranannya
sebagai dekonis untuk memastikan sebuah pementasan Dekon versi MAKUM itu
dapat dipersembahkan mengikut coraknya. Kajian ini meneliti khusus mengenai
dekonis di dalam Dekon versi MAKUM dengan membuat pengenalpastian,
pengumpulan dan penghuraian mengenai ciri-ciri dekonis di dalam sebuah
pementasan Dekon versi MAKUM dan mengukur tahap pengaplikasian setiap ciri
tersebut di dalam dua belas pementasan Dekon versi MAKUM sepanjang tahun
2009 sehingga 2010. Kajian dijalankan dengan membuat pengumpulan informasi
melalui kajian kepustakaan dan informan dalam mengenalpasti dan menghuraikan
setiap pelaksanaan ciri-ciri dekonis. Manakala analisis kandungan dilakukan untuk
mengukur tahap pengaplikasian setiap ciri berkenaan. Ruang lingkup kajian ini
adalah terhad terhadap dekonis di dalam dua belas pementasan yang terpilih
sepanjang tempoh empat tahun penganjuran Festival Dekon versi MAKUM. Proses
perincian dan analisis bagi setiap ciri dekonis ini merupakan satu penelitian dalam
melihat tahap kefahaman setiap dekonis mengenai setiap ciri tersebut. Hasil kajian
ini diharap dapat menjadi satu panduan dan rujukan khusus bagi dekonis dalam
melaksanakan peranannya dalam mementaskan Dekon versi MAKUM. |
---|