Hubungan antara amalan kepimpinan strategik dan kepimpinan transformasi pengetua dengan sekolah

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan strategik (berdasarkan elemen proaktif, memahami dan bersinergi) dan kepimpinan transformasi pengetua (berdasarkan elemen berkarisma, merangsang intelektual dan bertimbang rasa) dengan sekolah berkesan di Sabah. Sejumlah...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Justin Ingin
格式: Thesis
语言:English
出版: 2008
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17504/1/Hubungan%20antara%20amalan.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan strategik (berdasarkan elemen proaktif, memahami dan bersinergi) dan kepimpinan transformasi pengetua (berdasarkan elemen berkarisma, merangsang intelektual dan bertimbang rasa) dengan sekolah berkesan di Sabah. Sejumlah 251 orang responden (guru-guru), sampel dari 16 buah sekolah menengah di bawah PPG Sanclakan, terlibat dalam kajian ini. instrumen utama pengumpulan data merupakan soal selidik yang mengandungi 40 item bertujuan mendapatkan respon tentang kepimpinan strategik, kepimpinan transformasi dan sekolah berkesan. Tiga hipotesis telah dikemukakan dalam kajian ini dan telah diuji dengan statistik inferensi menggunakan korelasi Pearson dan regresi dengan paras signifikan p<0.05 Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan strategik (berdasarkan elemen proaktif, memahami dan bersinergi) dan kepimpinan transformasi pengetua (berdasarkan elemen berkarisma, merangsang intelektual dan bertimbang rasa) dengan sekolah berkesan. Analisis regresi menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi pengetua lebih banyak menyumbang (lebih berpengaruh) kepada sekolah berkesan berbanding dengan kepimpinan strategik. Implikasi kajian dan cadangan untuk kajian lanjutan juga telah dipersembahkan.