Persepsi ketua panitia mata pelajaran terhadap program perkembangan staf di sekolah menengah Daerah Tamparuli
Program Perkembangan Staf (PPS) masih kurang dilaksanakan di sekolah. Adakah persepsi Ketua Panitia Mata Pelajaran (KPMP) terhadap PPS mempengaruhi kelancaran petaksanaan PPS di sekolah? Kajian ini bertujuan menjawab persoalan di atas di sekolah-sekolah menengah di Daerah Tamparuli, Sabah. Model...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
語言: | English |
出版: |
2004
|
主題: | |
在線閱讀: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17508/1/Persepsi%20ketua%20panitia%20mata%20pelajaran.pdf |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Program Perkembangan Staf (PPS) masih kurang dilaksanakan di sekolah.
Adakah persepsi Ketua Panitia Mata Pelajaran (KPMP) terhadap PPS
mempengaruhi kelancaran petaksanaan PPS di sekolah? Kajian ini
bertujuan menjawab persoalan di atas di sekolah-sekolah menengah di
Daerah Tamparuli, Sabah. Model kerangka konseptual kajian ini adalah
bertandaskan kepada anggapan bahawa pelaksanaan PPS yang efektif
bergantung kepada empat faktor iaitu: keperluan PPS; sokongan sumber
manusia; proses pengendalian dan kemudahan bahan, tempat dan masa.
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada sampel
kajian yang terdiri daripada 52 orang KPMP sekolah menengah di Daerah
Tamparuli, Sabah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa KPMP
mempunyai persepsi yang positif terhadap PPS. Bagaimanapun, mereka
masih kurang berpuas hati dengan pelaksanaan PPS setakat ini. KPMP
kurang yakin untuk mengendalikan PPS dan melakukannya dengan rasa
terpaksa. KPMP berpersepsi bahawa pihak pengurusan sekolah kurang
menyokong pengendalian PPS. KPMP berasa tidak perlu mengambil kira
keperluan guru semasa merangka PPS, namun aktiviti PPS perlu
dibincangkan semasa mesyuarat panitia. Kebanyakan KPMP
berpandangan bahawa masa pengendalian PPS pada masa kini kurang
sesuai. Bagaimanapun KPMP berperdapat PPS dapat meningkatkan
pengetahuan guru dan guru dapat mempraktikkannya semasa
menjalankan tugas sebagai guru. KPMP juga berpendapat ahli panitia
mempunyai pandangan yang tinggi kepada PPS. Dapatan kajian juga
mendapati tidak wujud hubungan linear yang signifikan di antara persepsi
KPMP dengan kadar pelaksanaan PPS. tidak terdapat juga perbezaan
yang signifikan di antara persepsi KPMP terhadap PPS berdasarkan
tempoh memegang jawatan sebagai KPMP dan jantina. Bagaimanapun
terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi KPMP temadap PPS
berdasarkan tempoh perkhidmatan. Melalui kajian ini, beberapa cadangan
dikemukakan untuk meningkatkan lagi pelaksanaan PPS. Di antaranya
ialah pihak pengurusan sekolah harus memberi sokongan kepada PPS
dengan menyediakan kemudahan bahan, fizikal serta kewangan, dan
Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan perlu
memperuntukkan I Professional Days' kepada sekolah untuk
mengendalikan PPS. |
---|