Hubungan antara pencapaian domain kognitif sains dengan pencapaian sains mengikut jantina: satu analisis TIMSS 2011
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara pencapaian domain kognitif sains dengan pencapaian sains berdasarkan jantina pelajar yang berada di Gred 8 di Malaysia dan Singapura. Disamping itu juga kajian ini dibuat untuk membuat perbandingan pencapaian sains serta domain kognitif sains ber...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17514/1/Hubungan%20antara%20pencapaian%20domain%20kognitif.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara pencapaian domain kognitif sains
dengan pencapaian sains berdasarkan jantina pelajar yang berada di Gred 8 di Malaysia
dan Singapura. Disamping itu juga kajian ini dibuat untuk membuat perbandingan
pencapaian sains serta domain kognitif sains berdasarkan jantina di kedua-dua negara
tersebut. Keputusan pencapaian sains dan pencapaian domain kognitif sains bagi kajian
ini adalah berdasarkan data TIMSS 2011. Seramai 5733 orang pelajar Malaysia yang
terdiri daripada 2809 orang pelajar lelaki dan 2924 orang pelajar perempuan manakala
seramai 5927 orang pelajar Singapura yang terdiri daripada 3023 orang pelajar lelaki
dan 2904 orang pelajar perempuan yang mengambil bahagian dalam penilaian TIMSS
2011. Data TIMSS 2011 dianalisis dengan menggunakan perisian lEA-IDB Analyzer versi
3.1.11 dengan menggunakan kaedah deskriptif, korelasi dan regrasi. Melalui analisis
data, dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian sains serta pencapaian domain
kognitif sains bagi pelajar-pelajar di Singapura adalah lebih tinggi berbanding Malaysia.
Selain itu juga terdapat perbezaan yang signifikan dalam kedua-dua pencapaian tersebut
berdasarkan jantina. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif
tetapi sangat lemah antara kedua-dua pencapaian tersebut dan tidak mempengaruhi
prestasi antara satu sama lain. Diakhir kajian ini, terdapat beberapa cadangan untuk
membantu meningkatkan pencapaian sains dan pencapaian domain kognitif sains
dikalangan pelajar. |
---|