Hubungan antara pencapaian domain kognitif sains dengan pencapaian sains mengikut jantina: satu analisis TIMSS 2011

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara pencapaian domain kognitif sains dengan pencapaian sains berdasarkan jantina pelajar yang berada di Gred 8 di Malaysia dan Singapura. Disamping itu juga kajian ini dibuat untuk membuat perbandingan pencapaian sains serta domain kognitif sains ber...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Erlyanah Murillah
格式: Thesis
語言:English
出版: 2014
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17514/1/Hubungan%20antara%20pencapaian%20domain%20kognitif.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara pencapaian domain kognitif sains dengan pencapaian sains berdasarkan jantina pelajar yang berada di Gred 8 di Malaysia dan Singapura. Disamping itu juga kajian ini dibuat untuk membuat perbandingan pencapaian sains serta domain kognitif sains berdasarkan jantina di kedua-dua negara tersebut. Keputusan pencapaian sains dan pencapaian domain kognitif sains bagi kajian ini adalah berdasarkan data TIMSS 2011. Seramai 5733 orang pelajar Malaysia yang terdiri daripada 2809 orang pelajar lelaki dan 2924 orang pelajar perempuan manakala seramai 5927 orang pelajar Singapura yang terdiri daripada 3023 orang pelajar lelaki dan 2904 orang pelajar perempuan yang mengambil bahagian dalam penilaian TIMSS 2011. Data TIMSS 2011 dianalisis dengan menggunakan perisian lEA-IDB Analyzer versi 3.1.11 dengan menggunakan kaedah deskriptif, korelasi dan regrasi. Melalui analisis data, dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian sains serta pencapaian domain kognitif sains bagi pelajar-pelajar di Singapura adalah lebih tinggi berbanding Malaysia. Selain itu juga terdapat perbezaan yang signifikan dalam kedua-dua pencapaian tersebut berdasarkan jantina. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif tetapi sangat lemah antara kedua-dua pencapaian tersebut dan tidak mempengaruhi prestasi antara satu sama lain. Diakhir kajian ini, terdapat beberapa cadangan untuk membantu meningkatkan pencapaian sains dan pencapaian domain kognitif sains dikalangan pelajar.