Pengalaman mengajar guru, iklim sekolah dan efikasi guru sekolah-sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh yang disumbangkan oleh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu bidang major pengajian dan pengalaman mengajar terhadap iklim sekolah dan efikasi guru-guru sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Data dikutip dengan menggunakan instrumen Teachers&...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
語言: | English |
出版: |
2013
|
主題: | |
在線閱讀: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17604/1/Pengalaman%20mengajar%20guru%2C%20iklim%20sekolah%20.pdf |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh yang disumbangkan oleh faktor-faktor
kelayakan guru, iaitu bidang major pengajian dan pengalaman mengajar
terhadap iklim sekolah dan efikasi guru-guru sekolah menengah di Wilayah
Persekutuan Labuan. Data dikutip dengan menggunakan instrumen Teachers' Sense
of Efficacy Scale yang melibatkan 150 orang guru di 5 buah sekolah menengah di
Wilayah Persekutuan Labuan sebagai sampel kajian. Analisis korelasi Pearson
mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara iklim sekolah dengan efikasi
guru iaitu pada aras p< .01 (r=.306). Dapatan kajian menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dan iklim sekolah kerana
korelasi pearson, r=-.172 dan p<.05. Namun, dapatan kajian menunjukkan tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan efikasi
guru, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan
iklim sekolah dan efikasi guru, tidak terdapat hubungan antara bidang major
pengajian dan iklim sekolah, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bidang
major pengajian dan efikasi guru, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
bidang major pengajian dengan iklim sekolah dan efikasi guru. Hipotesis nul diterima.
Guru-guru yang berpengalaman mengajar melebihi tujuh tahun berbeza secara
statistik dalam aspek efikasi berbanding guru-guru dengan pengalaman mengajar
kurang daripada tujuh tahun. Hasil kajian ini mencadangkan supaya guru-guru
terlatih dalam bidang major pengajian perlu diberi peluang mengajar dalam
persekitaran yang positif bagi membolehkan mereka membina efikasi guru yang
positif dan produktif. |
---|