Amalan kepimpinan transformasi dan hubungannya dengan pengurusan LINUS di sekolah rendah - daerah Lahad Datu
Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat hubungan amalan kepimpinan transformasi berdasarkan empat dimensi dan hubungannya dengan pengurusan LINUS berasaskan dimensi peranan Guru Besar, guru dan PIBG di 10 buah sekolah yang terletak di kawasan bandar daerah Lahad Datu. Selain itu, kajian ini...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17626/1/Amalan%20kepimpinan%20transformasi.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat hubungan amalan
kepimpinan transformasi berdasarkan empat dimensi dan
hubungannya dengan pengurusan LINUS berasaskan dimensi peranan
Guru Besar, guru dan PIBG di 10 buah sekolah yang terletak di
kawasan bandar daerah Lahad Datu. Selain itu, kajian ini juga ingin
melihat penilaian guru terhadap amalan kepimpinan transformasi oleh
Guru Besar dalam pengurusan LINUS berdasarkan pengalaman
mengajar guru. Kajian ini yang berbentuk kuantitatif deskritif ini
dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik dengan
menggunakan soal selidik "Transformasional Leadership Behavior
Inventory dan Soal selidik bagi Pengurusan LINUS menggunakan Soal
Selidik Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Nilai Alpha Crombach
dalam kajian rintis ialah . 891 bagi soal seiidik amalan kepimpinan
transformasi dan .
836 bagi soal selidik Pengurusan LINUS Sampel
kajian ini adalah seramai 97 orang guru yang mengajar di 10 buah
sekolah yang terletak di kawasan bandar Daerah Lahad Datu. Analisis
data dilakukan dengan menggunakan SPSS versi 17.0. Penganalisisan
dapatan kajian menggunakan kekerapan, peratusan, skor min, sisihan
plawal, One Way ANOVA dan analisis Korelasi Pearson dengan
penetapan aras signifikan p<0.05. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa tahap amalan kepimpinan transformasi pada keseluruhannya
berada pada tahap yang tinggi manakala pengurusan LINUS juga
berada pada tahap yang tinggi untuk ketiga-tiga dimensi yang terdapat
dalam pengurusan LINUS. Dapatan kajian ini juga menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan
transformasi berdasarkan empat dimensi dengan pengurusan LINUS
yang berdasarkan peranan Guru Besar, peranan guru dan peranan
PIBG. Walau bagaimanapun, hubungan tersebut adalah pada tahap
yang lemah. Kajian ini mencadangkan agar Guru Besar perlu
meningkatkan kecekapan dalam mempraktikkan amalan kepimpinan
transformasi dalam pengurusan beberapa program transformasi
dalam sistem pendidikan negara memandangkan sistem pendidikan
kita yang sentiasa berubah berdasarkan kehendak dan aspirasi negara. |
---|