Kesan latihan pliometrik bounding terhadap pencapaian masa atlet jarak sederhana 800 meter dan 1500 meter

Kajian ini merupakan satu kajian baru yang bertujuan untuk melihat keberkesanan latihan pliometrik bounding terhadap pencapaian masa dalam kalangan atlet jarak sederhana 800 meter dan 1500 meter. Kajian ini berbentuk eksperimen. Seramai 26 orang atlet lelaki dan perempuan yang berumur dalam lingk...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mailin Salungin Ripau
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
منشور في: 2013
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17635/1/Kesan%20latihan%20pliometrik%20bounding.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini merupakan satu kajian baru yang bertujuan untuk melihat keberkesanan latihan pliometrik bounding terhadap pencapaian masa dalam kalangan atlet jarak sederhana 800 meter dan 1500 meter. Kajian ini berbentuk eksperimen. Seramai 26 orang atlet lelaki dan perempuan yang berumur dalam lingkungan 16 hingga 18 tahun dalam acara jarak sederhana 800 meter dan 1500 meter terlibat Dalam kajian ini. Subjek kajian dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pliometrik bounding (N=13) dan kumpulan kawalan ( N=13). Pencapaian ini dapat dikenal pasti dengan menganalisa ujian pra dan ujian pasca secara intervensi selama 8 minggu. Sebanyak empat (5) kali pengujian dijalankan sepanjang lapan minggu. Analisis data kajian menggunakan perisian SPSS seperti ujian normaliti, paired t-test dan repeated measure ANOIVA. Instrumen yang digunakan untuk pengujian ialah ujian masa 800 meter, ujian masa 1500 meter dan ujian RAST iaitu untuk melihat tahap Fatigue Index dan tahap Anaerobic maximum power. Kajian mendapati bahawa kedua-dua kumpulan menunjukkan peningkatan dalam semua ujian yang dijalankan, namun pencapaian kumpulan bounding adalah lebih baik daripada kumpulan non bounding. Hasil kajian juga mendapati bahawa kecederaan boleh menjejaskan prestasi atlet dalam terutamanya dalam kumpulan bounding. Oleh itu, jurulatih perlu memastikan langkah-langkah keselamatan diambil semasa latihan.