Pembinaan dan pengesahan instrumen literasi pentaksiran pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Kajian ini bertujuan membina dan mengesahkan Instrumen Literasi Pentaksiran Institut Pendidikan Guru( ILP IPG) untuk mengukur literasi pentaksiran pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PISMP). Berdasarkan analisis pengkaji terhadap Standard for Teachers Competencein the Educational Assessment of...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakiah Noordin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17735/1/Pembinaan%20dan%20pengesahan%20instrumen.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina dan mengesahkan Instrumen Literasi Pentaksiran Institut Pendidikan Guru( ILP IPG) untuk mengukur literasi pentaksiran pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PISMP). Berdasarkan analisis pengkaji terhadap Standard for Teachers Competencein the Educational Assessment of Students( STCEAS) dan analisis sukatan pelajaran kursus pengukuran dan penilaian di Institut Pendidikan Guru, lima dimensi literasi pentaksiran telah dibentuk iaitu Konsep Asas, Perancangan, Pembinaan, Pentadbiran, Penskoran dan Analisis; dan Interprestasi dan Tindakan Susulan. Proses pembinaan instrumen melibatkan tiga peringkat iaitu mereka bentuk; pembinaan dan pengesahan instrumen. Pembinaan ILP IPG juga berasaskan Model Pembinaan McIntire dan Miller. Kesemua item ILP IPG mempunyai kesahan yang baik kerana menunjukkan nilai point-measure correlation (PTMEA CORR) melebihi 0.3 dan nilai fit yang diterima. Nilai kebolehpercayaan item bagi kelima-lima dimensi ILP IPG mempunyai nilai yang melebihi 0.80. Indeks pengasingan item bagi kelima-lima dimensi adalah baik kerana melebihi nilai 2. Dapatan kajian ini menunjukkan nilai kebolehpercayaan individu bagi kelima-lima dimensi adalah diterima iaitu melebihi nilai 0.6. Indeks pengasingan individu agak rendah kerana mempunyai nilai yang kurang dari nilai 2. Memandangkan wujudnya lompang-lompang dalam tafsiran konstruk yang diukur, maka indeks pengasingan yang agak rendah adalah dijangkakan. Analisis Kebezaan Fungsi Item ke atas jantina (Gender Differential ltem Functioning- GDIF) mendapati 12 item menunjukkan GDIF signifikan clan ia perlu disemak semula bagi memastikan instrumen bersih dari sebarang item yang cenderung bias. Dalam kajian ini, item telah digubal dengan baik dan mensasari kebolehan responden yang diharapkan