Tahap kepuasan, manfaat, penglibatan dan penyertaan komuniti setempat dalam pelancongan di sekitar Taman Kinabalu Sabah
Salah satu aspek yang dikaitkan dengan kemampanan sesuatu pelancongan adalah aspek kesejahteraan komuniti tuan rumah. Di dalam kajian ini, komuniti tuan rumah merujuk kepada komuniti setempat yang tinggal di sekitar Taman Kinabalu. Tahap kepuasan komuniti setempat terhadap pelancongan dan manfaat...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Salah satu aspek yang dikaitkan dengan kemampanan sesuatu pelancongan adalah
aspek kesejahteraan komuniti tuan rumah. Di dalam kajian ini, komuniti tuan
rumah merujuk kepada komuniti setempat yang tinggal di sekitar Taman Kinabalu.
Tahap kepuasan komuniti setempat terhadap pelancongan dan manfaat
pelancongan terhadap komuniti setempat merupakan dua isu yang hadir di bawah
aspek kesejahteraan komuniti tuan rumah. Tahap kepuasan komuniti setempat
terhadap pelancongan adalah sangat kritikal. Jika komuniti setempat tidak berpuas
hati dengan pelancongan di sekitar Taman Kinabalu, mereka akan menarik diri
daripada memberi sokongan dalam pembangunan pelancongan. Oleh yang
demikian, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pelancongan di sekitar
Taman Kinabalu menepati Indikator pelancongan mampan dari aspek kesejahteraan
komuniti setempat di dalam dua isu dasar iaitu tahap kepuasan dan manfaat
pelancongan. Penglibatan dan penyertaan komuniti setempat dalam aktiviti
pelancongan di sekitar Taman Kinabalu juga dikenal pasti. Kajian ini menggunakan
kaedah campuran menggunakan borang soal selidik (383 orang) dan temu bual (18
orang). Responden adalah terdiri daripada komuniti setempat dari 43 buah
kampung sekitar Taman Kinabalu. Pungutan data telah dijalankan bermula 18
Disember 2014 sehingga 27 Januari 2015. Borang soal-selidik diedarkan kepada
kesemua responden menggunakan kaedah persampelan mudah. Temubual yang
dijalankan adalah berbentuk perbincangan kumpulan. Hasil kajian mendapati
pelancongan di sekitar Taman Kinabalu menepati indikator pelancongan mampan
dari segi kesejahteraan komuniti setempat khusus kepada tahap kepuasan dan
manfaat pelancongan berdasarkan skor min positif yang diperolehi. Namun begitu,
peratusan penglibatan komuniti dalam aktiviti pelancongan adalah rendah iaitu
hanya 15.7% daripada 383 responden yang terlibat. Analisis faktor telah digunakan
bagi mendapatkan pembolehubah terpendam yang terdapat dalam 41 item tahap
kepuasan komuniti terhadap pelancongan di sekitar Taman Kinabalu. Lima
pembolehubah terpendam yang berjaya dikenalpasti ialah kesan negatif
pelancongan, manfaat ekonomi, penglibatan dalam aktiviti pelancongan, manfaat
sosial dan kesan positif pelancongan. Di dalam merangka pelan pengurusan dan
pemasaran tapak warisan alam sekitar yang bertanggungjawab sejajar dengan
pengurusan mampan, kelima-lima pembolehubah terpendam ini perlu diambil kira.
Nilai-nilai yang diperolehi di dalam kajian ini akan lebih bermakna jika ianya
dijadikan sebagai petanda aras perubahan tahap kepuasan dan kesan pelancongan
ke atas komuniti setempat dari masa ke semasa. |
---|