Hubungan penilaian prestasi dengan komitmen kerja dan motivasi guru

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara penilaian prestasi dengan komitmen kerja dan motivasi guru di sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu. Sebanyak enam buah sekolah yang terlibat dalam kajian in!. Sampel kajian terdiri daripada 248 orang guru. Kajian ini merupakan satu kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Susie Evangela @ Doivit
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18695/1/Hubungan%20penilaian%20prestasi%20dengan%20komitmen.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara penilaian prestasi dengan komitmen kerja dan motivasi guru di sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu. Sebanyak enam buah sekolah yang terlibat dalam kajian in!. Sampel kajian terdiri daripada 248 orang guru. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan. Data kajian dikutip melalui soal selidik yang mengandungi 40 item. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) for Windows Versi 18.0. Dapatan dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dan statistik inferensi seperti Ujian-t, ANOVA satu hala dan Korelasi Pearson-r. Keputusan Ujian-t yang dilakukan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara penilaian prestasi berdasarkan jantina. Analisis ANOVA satu hala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penilaian prestasi berdasarkan jawatan dan tempoh perkhidmatan. Manakala Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan sederhana antara penilaian prestasi dengan komitmen kerja dan terdapat hubungan yang signifikan dan kuat antara penilaian prestasi dengan motivasi guru. Kajian ini juga membentangkan beberapa cadangan kepada penggubal dasar, pengetua, dan pentadbir sekolah untuk menambahbaik pengurusan penilaian prestasi bagi membantu guru-guru untuk lebih komited dan bermotivasi dalam tugas ke arah kecemerlangan organisasi pendidikan.