Hubungan antara profesionalisme guru dengan pelaksanaan program pemulihan khas di sekolah rendah daerah tuaran

Tujuan utama kajian adalah untuk mengenalpasti hubungan antara profesionalisme Guru pemulihan khas dengan pelaksanaan Program Pemulihan Khas dan dalam masa yang sama pemboleh ubah peramal elemen profesionalisme guru juga digunakan bagi mengenal pasti pengaruh elemen sikap, kemahiran dan pengetah...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Masriah Hj Mastul
格式: Thesis
語言:English
出版: 2013
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18724/1/Hubungan%20antara%20profesionalisme.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tujuan utama kajian adalah untuk mengenalpasti hubungan antara profesionalisme Guru pemulihan khas dengan pelaksanaan Program Pemulihan Khas dan dalam masa yang sama pemboleh ubah peramal elemen profesionalisme guru juga digunakan bagi mengenal pasti pengaruh elemen sikap, kemahiran dan pengetahuan, efikasi dan beban tugas terhadap keberkesanan pelaksanaan program pemulihan khas di daerah Tuaran. Kajian tinjauan ini melibatkan sampel guru pemulihan khas di 73 buah sekolah. Sampel dipilih menerusi persampelan bertujuan dan kutipan data melalui Soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS vesi 16.0. Penganalisisan data secara statistik diskriptif yang menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai, manakala data inferensi menggunakan pengujian Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai Stepwise untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikana ntara elemenp rofesionalismeg uru pemulihank has dengan pelaksanaan Program Pemulihan khas, elemen sikap (r=. 688, p<. 001), elemen kemahiran dan pengetahuan (r=. 632, p<. 001), elemen efikasi (r=. 627, p<. 627) dan elemen beban tugas (r=. 273, P<. 005). Justeru dapatan ini menjelaskan semakin tinggi tahap elemen profesionalisme guru pemulihan khas semakin meningkat dan berkesan pelaksanaan program pemulihan khas menjana kecemerlangan sifar pemulihan. Melalui analisis regrasi pula, didapati elemen pemboleh ubah peramal yang menyumbang 60.4 peratus kepada perubahan dalam pelaksanaan Program Pemulihan Khas ialah sikap, efikasi dan beban tugas.