Kesan latihan pliometriks Shuttle MVP ke atas peningkatan kuasa bahagian bawah badan atlet novis lompat kijang

Kajian telah dijalankan untuk melihat kesan latihan pliometriks menggunakan mesin Shuttle MVP serta menggunakan kaedah konvensional terhadap peningkatan penjanaan kuasa bahagian bawah badan atlet lompat kijang. Peserta (N=20, umur=14 ± 0.5thn, berat=44.20 ± 2.567kg, tinggi=156 ± 5.610cm) dibahagi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Frankie Lumpil
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18731/1/Kesan%20latihan%20pliometriks.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian telah dijalankan untuk melihat kesan latihan pliometriks menggunakan mesin Shuttle MVP serta menggunakan kaedah konvensional terhadap peningkatan penjanaan kuasa bahagian bawah badan atlet lompat kijang. Peserta (N=20, umur=14 ± 0.5thn, berat=44.20 ± 2.567kg, tinggi=156 ± 5.610cm) dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan latihan yang berbeza iaitu menurut kaedah pliometriks Shuttle MVP (PSMVP) dan pliometriks konvensional (PK). Setiap kumpulan diikuti oleh 10 orang subjek. Setiap subjek menjalani latihan mengikut kumpulan selama 10 minggu. Intensiti latihan dinaikkan setiap dua minggu. Penilaian terhadap peningkatan kuasa bahagian bawah badan dijalankan setiap dua minggu menggunakan ujian Vertical Jump (VJ), Standing Long Jump (SU) dan Full Triple Jump (FTJ). Electromyogram (EMG) Noraxon telah digunakan untuk menganalisis perekrutan otot utama (gluteus maximus, vastus lateralis, quadriceps) yang terlibat dalam pergerakan lompat kijang. Selepas 10 minggu latihan, kajian ini mendapati bahawa VJ, SU dan FTJ bagi kedua-dua kumpulan meningkat secara signifikan (p<0.05). Vi meningkat sebanyak 28.01% ataupun 11.6cm bagi kumpulan PSMVP dan 22.36% ataupun 8.9cm bagi kumpulan PK. SU meningkat sebanyak 10.09% ataupun 22.2cm bagi kumpulan PSMVP clan 7.27% ataupun 15.7cm bagi kumpulan PK. Peningkatan signifikan dalam VJ dan SU telah menyebabkan peningkatan yang signifikan pada pencapaian kedua-dua kumpulan dalam FTJ iaitu sebanyak 29.19% ataupun 192.6cm bagi kumpulan PSMVP dan 26.96% ataupun 173.7cm bagi kumpulan PK. Peningkatan bagi kumpulan PSMVP adalah konsisten dengan peningkatan perekrutan otot sebanyak 6.58% ataupun 87mV. Sebaliknya, bagi kumpulan PK, peningkatan sebanyak 1.64% ataupun 21.4mV adalah tidak signifikan (p>0.05) bagi perekrutan otot. Data seterusnya dianalisis menggunakan ANOVA Sehala semasa mengesahkan bahawa Vi (F=2.397, p<0.05), SU (F=2.347, p<0.05) dan FTJ (F=1.671, p<0.05) adalah tidak berbeza secara signifikan di antara kedua-dua kumpulan. Walau bagaimanapun, perekrutan otot pada kumpulan PSMVP lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan PK (F=8.173, p<0.05). Penemuan ini mencadangkan bahawa kedua-dua protokol latihan mampu meningkatkan penjanaan kuasa bahagian bawah badan atlet lompat kijang secara efektif. Selain daripada itu, didapati bahawa protokol PSMVP adalah lebih efektif berbanding PK dalam meningkatkan penjanaan kuasa bahagian bawah badan. Shuttle MVP adalah mesin yang tidak bergantung kepada graviti dalam menghasilkan beban latihan. Oleh itu, risiko kecederaan adalah pada tahap minimum apabila menggunakan mesin Shuttle MVP sebagai kaedah latihan pliometriks.