Faktor yang menyumbang kepada stres kerja dalam kalangan pembantu tadbir yang terlibat dalam pengurusan kewangan sekolah di daerah Kudat, Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor dan tahap stres kerja dalam kalangan pembantu tadbir yang tertibat dalam pengurusan kewangan sekolah di daerah Kudat, Sabah. Terdapat 6 faktor stres kerja yang dikenal pasti dalam kajian ini iaitu faktor intrinsik kerja, faktor peranan dalam organi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aidah Abu Bakar
Format: Thesis
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18734/1/Faktor%20yang%20menyumbang.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor dan tahap stres kerja dalam kalangan pembantu tadbir yang tertibat dalam pengurusan kewangan sekolah di daerah Kudat, Sabah. Terdapat 6 faktor stres kerja yang dikenal pasti dalam kajian ini iaitu faktor intrinsik kerja, faktor peranan dalam organisasi , faktor struktur dan iklim organisasi, faktor perkembangan kerjaya, faktor hubungan interpersonal dan faktor luaran Organisasi. Seramai 48 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang dibina bagi kajian ini. Analisis data kajian menggunakan kaedah min, peratusan, Independent Samples T Test , ANOVA ,korelasi Pearson dan Analisis Regresi Berganda. Dapatan kajian menunjukkan terdapat stres kerja yang berbeza dikalangan responden iaitu tahap stres normal dan juga tahap stres sederhana tinggi . Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam stres kerja mengikut ciri demografi. Didapati faktor struktur dan iklim organisasi, faktor perkembangan kerjaya dan luaran Organisasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan stres kerja pada eras 0.05. Melalui analisis regresi berganda, didapati faktor luaran organisasi menjadi penyumbang utama kepada stres kerja dalam kalangan pembantu tadbir yang terlibat dalam pengurusan kewangan sekolah di daerah Kudat.