Beban tugas dengan kualiti pengajaran dalam kalangan guru penolong kanan di sekolah rendah Papar Sabah

Kajian yang dijalankan ini adalah satu kajian kuantitatif yang mengkaji hubungan beban tugas akademik serta beban tugas bukan akademik dengan kualiti pengajaran dalam kalangan Guru Penolong Kanan (GPK) sekolah rendah di daerah Papar, Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat pengaruh beban t...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ajul Jual
格式: Thesis
語言:English
出版: 2014
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18752/1/Beban%20tugas%20dengan%20kualiti.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian yang dijalankan ini adalah satu kajian kuantitatif yang mengkaji hubungan beban tugas akademik serta beban tugas bukan akademik dengan kualiti pengajaran dalam kalangan Guru Penolong Kanan (GPK) sekolah rendah di daerah Papar, Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat pengaruh beban tugas akademik dan bukan akademik tersebut terhadap kualiti pengajaran guru. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 117 orang guru penolong kanan di 39 buah sekolah rendah di daerah Papar, Sabah. Instrumen yang digunakan adalah berbentuk borang soal selidik. Terdapat empat persoalan kajian yang dikemukakan oleh pengkaji. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. 8agi menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan beban tugas akademik dan bukan akademik dengan kualiti pengajaran, korelasi pearson telah digunakan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara beban tugas akademik dengan kualiti pengajaran guru (r=0.207*). Manakata, dapatan kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara beban tugas bukan akademik dengan kualiti pengajaran guru (r= 0.052). Setain itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat pengaruh yang signifikan beban tugas akademik terhadap kualiti pengajaran, maka hipotesis not ditotak. Manakala, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat pengaruh yang signifikan beban tugas bukan akademik terhadap kualiti pengajaran. Maka, hipotesis nol gagal ditolak. Dapatan kajian ini dijangka akan memberi manfaat kepada pengkaji, sekolah dan kepada pihak yang berkenaan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia.