Pengaruh perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat di sekolah menengah di daerah Tawau

Kajian ini bertujuan untuk : 1) Menentukan sama ada wujud perbezaan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan taraf akademik dalam kalangan guru-guru, 2) Menentukan sama ada wujud hubungan antara perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat de...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mohd Hussin Musa
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
منشور في: 2008
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18753/1/Pengaruh%20perancangan.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk : 1) Menentukan sama ada wujud perbezaan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan taraf akademik dalam kalangan guru-guru, 2) Menentukan sama ada wujud hubungan antara perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat dengan keberkesanan mesyuarat, dan 3) Menentukan pengaruh perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat Seramai 173 sampel yang terdiri dari guru-guru sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah mengambil bahagian dalam kajian ini. Instrumen kajlan diu bah sual dan diadaptasi daripada instrumen pengurusan mesyuarat oleh pengetua yang direkabentuk oleh Hayadi (1997). Pengumpulan data kajian dilakukan menggunakan Instrumen soal selidik. Dalam rnelakukan pengujian hlpotesis kajian, Ujian t,ANOVA sehala, korelasi Pearson's r dan regresi pelbagai dlgunakan. Kaedah statistik seperti frekuensi, peratusan dan min turut digunakan dalam kajian ini. Aras signlfikan untuk menguji hipotesis lalah 5% atau p<0.05. Keputusan kajlan menunjukkan bahawa : 1) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan jantina guru, 2) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan pengalaman mengajar guru, 3) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan taraf akademik guru, 4) Terdapat hubungan yang signifikan antara perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat, dan 5), Terdapat pengaruh perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat Dicadangkan pihak sekolah membuat penilaian dalam proses penambahbaikan pengurusan mesyuarat agar ia menjadi suatu titik permulaan dalam merangka dan merancang program sekolah dengan lebih berkesan.