Pola persempadanan dan analisis ruangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, 1994 dan 2004
Penyelidikan ini dilakukan adalah untuk menganalisis ruangan dan pola persempadanan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagl tahun 1994 dan 2004. Kaedah kuantitatif adalah metodologi dalam penyelidikan ini di samping pengaplikasian Sistem Maklumat Geografi (GIS) sebagai alat bantu dalam penyelidik...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
語言: | English |
出版: |
2009
|
主題: | |
在線閱讀: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18901/1/Pola%20persempadanan%20dan%20analisis.pdf |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Penyelidikan ini dilakukan adalah untuk menganalisis ruangan dan pola
persempadanan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagl tahun 1994 dan 2004.
Kaedah kuantitatif adalah metodologi dalam penyelidikan ini di samping
pengaplikasian Sistem Maklumat Geografi (GIS) sebagai alat bantu dalam
penyelidikan ini. Satu reka bentuk kajian (research design) telah dibuat untuk
mencari jawapan kepada perubahan ruangan politik Sabah yang memfokuskan
kepada ruangan dan persempadanan pilihanraya. Rekabentuk kajian berkenaan
mengandungi tiga indikator yang dianggap menjadi punca perubahan
persempadanan iaitu data taburan penduduk, data taburan penduduk berdasarkan
etnik dan purata pendapatan negeri Sabah. Melalui analisis yang dilakukan, jelas
membuktikan bahawa perubahan yang berlaku bukan setakat dari segi
pertambahan kerusi DUN dan perubahan keluasan yang ada, akan tetapi terdapat
juga pertukaran nama ruangan dan perubahan letakan ruangan. Terdapat juga
analisis berkaitan ruangan serta letakan DUN bersama dengan persempadanan
daerah pentadbiran Sabah. Menerusi rekabentuk kajian yang dilakukan pula
didapati persoalan sama ada peta persempadanan yang telah dikeluarkan
memenuhi keperluan penduduk atau tidak dapat dijawab. Sememangnya keperluan
penduduk amat mempengaruhi pembikinan persempadanan melalui taburan
penduduk didapati bahawa kawasan yang berkepadatan tinggi biasanya akan
memiliki bilangan kerusi DUN yang besar begitu juga dengan purata pendapatan.
Elemen etnik pula memalnkan peranan yang sangat penting di negeri Sabah
terutamanya dalam pembentukan persempadanan sarna seperti yang diterapkan
melalui Racial Gerrymandering iaitu terdapat beberapa ruangan dalam keseluruhan
DUN dibina atas tujuan melindungi dan menjaga etnik yang ada. |
---|