Keselamatan manusia dan buruh kanak-kanak Indonesia di sektor perladangan kelapa sawit di Sabah
Dalam sistem politik hubungan antarabangsa, terutamanya dalam isu kajian keselamatan melihat bahawa buruh kanak-kanak sebagai kumpulan yang lemah dan mudah terdedah kepada pelbagai ancaman. Dalam hal ini, buruh kanak-kanak yang berkembang di seluruh dunia merupakan mangsa eksploitasi dan penindas...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18902/1/Keselamatan%20manusia%20dan%20buruh%20kanak-kanak.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam sistem politik hubungan antarabangsa, terutamanya dalam isu kajian
keselamatan melihat bahawa buruh kanak-kanak sebagai kumpulan yang lemah dan
mudah terdedah kepada pelbagai ancaman. Dalam hal ini, buruh kanak-kanak yang
berkembang di seluruh dunia merupakan mangsa eksploitasi dan penindasan yang
paling kentara di dunia pada hari ini. Kajian ini cuba melihat buruh kanak-kanak
Indonesia di Sabah merupakan satu hasil aklbat daripada kebanjiran pendatang di
negeri ini. Seiring dengan itu, kewujudan buruh kanak-kanak Indonesia di sektor
periadangan dl Sabah merupakan fenomena yang patut diambilkira sebagai isu yang
sangat penting kerana ia mengancam keselamatan kanak-kanak. Untuk itu,
pendekatan Keselamatan Manusia (Human Security merupakan konsep yang tepat
untuk mengupas faktor kewujudan dan aktiviti buruh kanak-kanak ini serta
ancaman yang mereka hadapi. Dengan menggunakan metode kualitatif dan
mengambil tiga kawasan kajian iaitu Tawau, Lahad Datu dan Sandakan, kajian ini
mendapati bahawa buruh kanak-kanak Indonesia tldak mengetahui mereka bekerja
dalam kondisi yang dianggap tidak dibenarkan, bahaya dan dieksploitasi
sepenuhnya. Justru, mereka jelas mengalami situasi kehidupan yang tidak sejajar
dengan prinsip 'freedom from fear' dan 'freedom from want'. Oleh yang demikian
dapatan kajian ini membangkitkan persoalan peranan yang boleh dimainkan oIeh
aktor-aktor diperingkat makro dan mikro dalam menangani isu keselamatan buruh
kanak-kanak Indonesia di sektor perladangan kelapa sawit di Sabah. |
---|