Pengaruh pengawalan kendiri dan motivasi terhadap pencapaian akademik
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh pengawalan kendiri pembelajaran (penggunaan strategi kognitif dan strategi pengawalan kendiri) dan motivasi (selfefficacy, nilai intrinsik dan kebimbangan ujian) terhadap pencapaian akademik pelajar. Model yang sama juga diuji ke atas pelajar lelaki da...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18911/1/Pengaruh%20pengawalan%20kendiri.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh pengawalan kendiri pembelajaran
(penggunaan strategi kognitif dan strategi pengawalan kendiri) dan motivasi (selfefficacy,
nilai intrinsik dan kebimbangan ujian) terhadap pencapaian akademik
pelajar. Model yang sama juga diuji ke atas pelajar lelaki dan pelajar perempuan
secara berasingan bagi tujuan mengkaji peranan faktor jantina sebagai moderator
dalam perhubungan ini. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji perbezaan
pengawalan kendiri pembelajaran, motivasi dan pencapaian akademik di antara
pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini dijalankan ke atas 300 orang pelajar
tingkatan empat di empat buah sekolah menengah yang terletak di bandar dan luar
bandar, Negeri Sabah. Alat kajian The Motivational Strategies for Learning
Questionnaire (MSLQ) yang mengukur pengawalan kendiri pembelajaran dan
motivasi pelajar digunakan dalam kajian ini. Ukuran pencapaian akademik pelajar
adalah berdasarkan pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Keputusan kajian adalah: (i) penggunaan strategi kognitif, strategi
pengawalan kendiri dan motivasi merupakan peramal kepada pencapaian
akademik pelajar lelaki dan pelajar perempuan; (ii) pelajar perempuan lebih
menggunakan strategi. kognitif daripada pelajar lelaki; (iii) pelajar perempuan lebih
menggunakan strategi pengawalan kendiri daripada pelajar lelaki; (iv) pelajar
perempuan lebih mempunyai motivasi self-efficacy dan nilai intrinsik serta
mengalami kebimbangan ujian yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki. (v) pelajar
perempuan mempunyai pencapaian akademik yang lebih balk daripada pelajar
lelaki. Implikasi daripada kajian ini turut dibincangkan dalam kajian ini. |
---|