Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan stres guru sekolah rendah di daerah Ranau Sabah
Kajian ini bertujuan untuk menilai gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan stres guru di Daerah Ranau, Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan guru besar berdasarkan pandangan guru dengan stres guru. Kaj...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18913/1/Hubungan%20gaya%20kepimpinan.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menilai gaya kepimpinan guru besar dan
hubungannya dengan stres guru di Daerah Ranau, Sabah. Kajian ini juga
bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan
di antara gaya kepimpinan guru besar berdasarkan pandangan guru dengan
stres guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi
daripada kaedah soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. Alat
ukur "Leader Behavior Description Questionnaire" (LBDQ) digunakan untuk
mengukur gaya kepimpinan guru besar dimensi berstruktur dan dimensi
timbang rasa. Alat ukur Stres Guru digunakan untuk mengukur aras stres guru
berdasarkan gaya kepimpinan guru besar dua dimensi tersebut. Sampel kajian
terdiri daripada 314 orang guru dari sebelas buah sekolah rendah yang
mempunyai dua sesi persekolahan di daerah Ranau. Sampel kajian dipilih
secara tak rawak kuota. Data diproses melibatkan statistik deskriptif iaitu
pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga
diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Pekali Korelasi Pearson, ANOVA
dan Ujian-t. Hasil kajian mendapati gaya kepimpinan guru besar pada
pandangan guru adalah tinggi pada kedua-dua dimensi iaitu pada dimensi
berstruktur dan dimensi timbang rasa. Hasil kajian juga mendapati terdapat
hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan guru besar dimensi
berstruktur dengan aras stres guru pada tahap yang sangat lemah dan
hubungannya adalah secara negative dan tidak terdapat hubungan yang
signifikan gaya kepimpinan guru besar dimensi timbang rasa dengan aras stres
guru pada gaya bertimbang rasa. |
---|