Faktor-fakor penyebab berlakunya tingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Keningau, Sabah
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi penyebab berlakunya tingkah laku delinkuensi dalam kalangan pelajar di tiga buah sekolah menengah luar bandar di daerah Keningau. Sampel bertujuan digunakan untuk mendapatkan maklumat, iaitu seramai 130 orang responden yang terd...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18914/1/Faktor-fakor%20penyebab%20berlakunya%20tingkah.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi penyebab
berlakunya tingkah laku delinkuensi dalam kalangan pelajar di tiga buah sekolah
menengah luar bandar di daerah Keningau. Sampel bertujuan digunakan untuk
mendapatkan maklumat, iaitu seramai 130 orang responden yang terdiri daripada
pelajar tingkatan dua yang pernah melakukan tingkah laku yang dikategorikan
sebagal delinkuen dan direkodkan dalam buku rekod salah laku pelajar oleh unit Hal
Ehwal Murid sekolah berkenaan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang
telah diubahsuai daripada penyelidik-penyelidik lepas seperti Ariffin (1998), the
Halimah bte Ahmad (2003) dan Sharifah Raudzah (2008). Instrumen soal selidik yang
diubahsuai telah mendapat pengesahan daripada tiga orang pensyarah UMS.
Instrumen soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian rintis bagi menguji
kebolehpercayaan dan analisis kesahihan Kajian ini dianalisis menggunakan Perisian
Statistical Packages For the Social Science (SPSS) For Windows (Version 16.0)
berbentuk statistik deskriptif iaitu peratusan, kekerapan, sisihan piawai dan min serta
statistik inferensi iaitu Ujian -t dua hujung, analisis varians (ANOVA) sehala menguji
perbezaan faktor demografi dengan tingkah laku delinkuen dan korelasi pearson
untuk menguji hubungan antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah
bersandar. Hasil kajian mendapati faktor rakan sebaya (aras signifikan 0.00) dan
faktor keluarga (aras signifikan 0.010) mempunyai hubungan yang signifikan dengan
tingkah laku delinkuen, manakala analisis demografi pula mendapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tingkah laku delinkuen mengikut jantina dan keturunan.
Beberapa cadangan dan penambahbaikan juga di kemukakan untuk kajian berkaitan
dengan tajuk ini pada masa akan datang. |
---|