Hubungan antara kerja rumah Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Zon Merotai, Tawau
Kerja rumah ialah suatu komponen penting di dalam aktiviti pembelajaran yang sentiasa dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi seluruh sekolah di Malaysia. Guru memainkan peranan untuk menyediakan kerja rumah kepada pelajar, dan pelajar diwajibkan untuk merryiapkan kerja rumah yang tel...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18915/1/Hubungan%20antara%20kerja%20rumah.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kerja rumah ialah suatu komponen penting di dalam aktiviti pembelajaran yang
sentiasa dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi seluruh sekolah di
Malaysia. Guru memainkan peranan untuk menyediakan kerja rumah kepada pelajar,
dan pelajar diwajibkan untuk merryiapkan kerja rumah yang telah diberikan.
Walaupun terdapat banyak isu yang diperdebatkan mengenai bebanan berhubung
dengan kerja rumah yang diberikan kepada pelajar, namun kerja rumah terus
menjadi satu perkara yang wajib dilaksanakan kerana terbukti bahawa kerja rumah
menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan
adalah untuk mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa, jenis dan cara
pengelolaan guru terhadap kerja rumah dengan pencapaian bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tahun 6 di zon Merotai, di daerah Tawau.
Sampel kajian terdiri 140 orang pelajar daripada tujuh buah sekolah rendah di zon
Merotai, daerah Tawau. Kajian dijalankan berpandukan kaedah tinjauan soal selidik.
Semua data diproses dengan menggunakan program Statistical Packaqes For Social
Sciences 20.0 for windows (SPSS Version 20.0 for Windows). Analisis data
dibahagikan kepada dua bahagian: deskriptif (melibatkan kekerapan dan peratus) dan
inferensi (melibatkan Pearson Correlation. Daripada data yang diperoleh, penyelidik
mendapati bahawa secara keseluruhannya tidak terdapat hubungan antara
peruntukan masa dan jenis kerja rumah dengan pencapaian bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Namun begitu, terdapat hubungan yang signifikan antara cara
pengelolaan guru semasa kerja rumah diberikan dengan pencapaian pelajar. Namun,
kesemua hubungan yang wujud adalah pada tahap yang lemah. Beberapa implikasi
dan cadangan tentang kajian dibincangkan pada akhir kajian ini. |
---|