Persepsi guru terhadap keperluan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan hubungannya dengan kualiti guru

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi guru terhadap keperluan latihan dalam perkhidmatan (LDP) dan hubungannya dengan kualiti guru dalam kalangan guru sekolah menengah di daerah Sandakan. Daripada 1,320 orang guru sekolah menengah, hanya 302 orang guru dipilih secara rawak untuk dij...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Leong, Ket Chu
格式: Thesis
語言:English
出版: 2013
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18916/1/Persepsi%20guru%20terhadap%20keperluan.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi guru terhadap keperluan latihan dalam perkhidmatan (LDP) dan hubungannya dengan kualiti guru dalam kalangan guru sekolah menengah di daerah Sandakan. Daripada 1,320 orang guru sekolah menengah, hanya 302 orang guru dipilih secara rawak untuk dijadikan sebagai persampelan secara tinjauan. Instrumen kajian ini terbahagi kepada lima bahagian, iaitu demografi, kepentingan latihan, jenis latihan, kaedah latihan dan kualiti guru. Instrumen yang digunakan ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan pekali kebolehpercayaan Alfa Cronbalch (0.94). Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.0. Sebanyak empat belas hipotesis telah diuji, tiga hipotesis nul dan sebelas hipotesis alternatif diterima. Keputusan ujian-t telah menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam skor min untuk kepentingan latihan, jenis latihan, kaedah latihan dan kualiti guru. Dapatan juga menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam skor min dalam sesetengah elemen bagi kepentingan latihan, jenis latihan dan kaedah latihan mengikut jantina, umur, pengalaman mengajar dan jawatan yang dipegang. Seterusnya, dapatan antara kualiti guru dengan faktor demografi tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan mengikut jantina, umur dan jawatan yang dipegang kecuali dengan pengalaman mengajar. Dalam pada itu, analisis korelasi telah menunjukkan semua komponen LDP mempunyai hubungan signifikan secara statistik dengan kualiti guru. Dari segi analisis regresi mudah, keperluan LDP telah mempengaruhi kualiti guru, manakala analisis regresi berganda pula telah menunjukkan kepentingan latihan dan kaedah latihan adalah peramal untuk kualiti guru. Kesimpulannya, keperluan LDP mempunyai hubungan dan pengaruh terhadap kualiti guru.