Gaya pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran kimia di sebuah sekolah menengah daerah Kota Kinabalu

Mata pelajaran Kimia merupakan mata pelajaran yang sering kali memberi cabaran hebat kepada pelajar. Masih ramai pelajar yang sukar untuk menguasai konsep dalam mata pelajaran Kimia. Namun begitu, dengan pemilihan gaya pembelajaran yang sesuai dengan kecerdasan pelajar, konsep dalam mata pelajara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Madznah Hamiddon
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18917/1/Gaya%20pembelajaran%20pelajar%20dalam%20mata.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mata pelajaran Kimia merupakan mata pelajaran yang sering kali memberi cabaran hebat kepada pelajar. Masih ramai pelajar yang sukar untuk menguasai konsep dalam mata pelajaran Kimia. Namun begitu, dengan pemilihan gaya pembelajaran yang sesuai dengan kecerdasan pelajar, konsep dalam mata pelajaran Kimia mudah untuk difahami. Bagi mengkaji amalan gaya pembelajaran pelajar, kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Pendekatan kualitatif yang digunakan dalam kajian ini adalah fenomenologi. Fenomenologi digunakan sebagai medium penyelidikan kerana penyelidik ingin meneroka fenomena gaya pembelajaran yang berlaku dalam kalangan pelajar aliran Sains. Penyelidik telah menemubual seramai sembilan orang informan dan membuat pemerhatian dan analisis dokumen bagi mendapatkan data. Hasil analisis data yang telah dijalankan oleh penyelidik, terdapat teknik, kaedah dan strategi pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar sebagai gaya pembelajaran. Walau bagaimana pun, pemilihan lebih daripada satu jenis gaya pembelajaran telah menjurus kepada pembelajaran multimodal. Sehubungan dengan penemuan persekitaran pembelajaran multimodal dan juga gaya pembelajaran, penguasaan konsep mata pelajaran akan dapat dipertingkatkan.