Perkaitan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan, tingkah laku keibubapaan ibu dengan stres remaja

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu dengan stres remaja etnik Iranun di daerah Kota Belud dan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 129 responden ibu (57 bandar dan 72 luar bandar) dan 129 resp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ferlis Bullare @ Hj Bahari
Format: Thesis
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19287/1/Perkaitan%20di%20antara%20kesulitan%20ekonomi.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu dengan stres remaja etnik Iranun di daerah Kota Belud dan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 129 responden ibu (57 bandar dan 72 luar bandar) dan 129 responden remaja (55 lelaki dan 74 perempuan) berumur antara 13 hingga 17 tahun dijadikan subjek kajian. Kaedah tinjauan bersifat korelasi menggunakan instrumen Economic Strain Questionnaire (ESQ) bagi mengukur kesulitan ekonomi, Kansas Marital Satisfaction Scale (KMS) dan Dyadic Adjustment Scale (DAS) mengukur kualiti perkahwinan, Parenfs Report (PR) mengukur tingkah laku keibubapaan ibu dan Clinical Anxiety Scale (CAS) dan Beck Depression Inventory-II (BDI-II) mengukur stres remaja digunakan. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu dengan stres remaja. Keputusan juga menunjukkan kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu tidak dapat berperanan sebagai perantara ke atas hubungan di antara kesulitan ekonomi dengan stres remaja.