Hubungan tabiat kepimpinan ketua pengawas dengan tahap motivasi pengawas sekolah menengah di daerah Papar
Kajian ini membincangkan mengenai tabiat kepimpinan ketua pengawas dengan tahap motivasi pengawas di lima buah sekolah menengah di Daerah Papar. Kajian ini cuba untuk meninjau hubungan tabiat kepimpinan ketua pengawas dengan tahap motivasi pengawas dan perbezaan tahap motivasi dalam kalangan peng...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19297/1/Hubungan%20tabiat%20kepimpinan%20ketua%20pengawas.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini membincangkan mengenai tabiat kepimpinan ketua pengawas dengan
tahap motivasi pengawas di lima buah sekolah menengah di Daerah Papar. Kajian ini
cuba untuk meninjau hubungan tabiat kepimpinan ketua pengawas dengan tahap
motivasi pengawas dan perbezaan tahap motivasi dalam kalangan pengawas
mengikut jantina dan persekitaran mereka seperti rakan sebaya, guru-guru ataupun
diri sendiri. Seramai 165 orang peserta kajian yang dipilih dan dalam kalangan
pengawas sekolah daripada lima buah sekolah menengah di Daerah Papar telah
terlibat sebagai sam pel kajian. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 14.0.
Analisis statistik yang digunakan ialah kekerapan dan peratusan. Korelasi Pearson
pula digunakan untuk melihat hubungan yang signifikan antara pemboleubah. Aras
signifikan yang digunakan adalah 0.01. Merujuk kepada Indeks Davis, dapatan kajian
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap sederhana kuat antara
tabiat kepimpinan ketua pengawas dimensi timbang rasa dengan tahap motivasi
pengawas iaitu r-=0.34, hubungan dimensi merintis struktur dengan tahap motivasi
juga pada tahap sederhana kuat iaitu r-0.37 dan secara keseluruhan hubungan
tabiat kepimpinan dengan tahap motivasi pengawas adalah pada tahap sederhana
kuat iaitu r-=0.39. Manakala ujian-t yang dilakukan untuk meninjau perbezaan tahap
motivasi pengawas mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut
jantina. Tetapi perbezaan tahap motivasi pengawas mengikut persekitaran pula yang
ditentukan melalui ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
F=5.104, p <0.05. |
---|