Pengaruh sifat keterbukaan dan ketelitian guru terhadap prestasi kerja
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik pengaruh sifat keterbukaan dan ketelitian guru terhadap prestasi kerja. lima buah sekolah menengah dalam daerah Tuaran, Sabah telah dijadikan lokasi kajian. Kajian ini melibatkan 191 orang sampel daripada keseluruhan populasi berjumlah 381 orang guru. Sampel...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19334/1/Pengaruh%20sifat%20keterbukaan%20dan%20ketelitian.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menyelidik pengaruh sifat keterbukaan dan ketelitian guru
terhadap prestasi kerja. lima buah sekolah menengah dalam daerah Tuaran, Sabah
telah dijadikan lokasi kajian. Kajian ini melibatkan 191 orang sampel daripada
keseluruhan populasi berjumlah 381 orang guru. Sampel kajian dipilih menggunakan
teknik persampelan rawak mudah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini diubah
suai daripada NED Personality Inventory (NEO PI-R), NED-Five Inventory (FFI) dan
Laporan Penilaian Prestasi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Inventori
ini mengandungi 74 item yang mencakupi aspek sifat keterbukaan, sifat ketelitian dan
prestasi kerja. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package
for the Social Science (SPSS) Versi 16.0 . Analisis data dalam kajian ini melibatkan
statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menggunakan statistik
deskriptif dibentangkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai .
Statistik inferensi pula menggunakan analisis regrasi pelbagai, Korelasi Pearson dan
Independent Samples t-test. Berdasarkan analisis Korelasi Pearson, kajian
menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang rendah antara sifat keterbukaan
dengan prestasi kerja (r=.315, p<0.01) dan juga hubungan signifikan yang rendah
antara sifat ketelitian dengan prestasi kerja {r=.311, p<0.01). Bagi analisis
Independent Samples t-test, kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara guru lelaki dan guru perempuan dari segi sifat keterbukaan dan sifat
ketelitian. Kajian ini juga turut mendapati wujudnya pengaruh signifikan yang rendah
sifat keterbukaan guru terhadap prestasi kerja (r² = 0.315) dan pengaruh signifikan
yang rendah sifat ketelitan guru terhadap prestasi kerja (r²= 0.311). cadangan bagi
kajian lanjutan juga telah dinyatakan dalam kajian ini. |
---|