Pengaruh budaya Cina dalam identiti etnik Tatana di Sabah
Kajian etnografi ini bermatlamat untuk mengenalpasti elemen dan amalan budaya Cina dalam kalangan masyarakat Tatana. Fokus kajian ini adalah mengenai kemasukan dan perubahan dalam elemen budaya Cina di Sabah serta pola pengadaptasian budaya yang berlaku. Data etnografi ini diperolehi daripada 12 ora...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19492/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19492/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian etnografi ini bermatlamat untuk mengenalpasti elemen dan amalan budaya Cina dalam kalangan masyarakat Tatana. Fokus kajian ini adalah mengenai kemasukan dan perubahan dalam elemen budaya Cina di Sabah serta pola pengadaptasian budaya yang berlaku. Data etnografi ini diperolehi daripada 12 orang sebagai key-informan di daerah Kuala Penyu. Terdapat juga beberapa orang informan yang ditemubual secara tidak langsung semasa di lapangan. Kajian ini turut melibatkan pemerhatian turut serta dalam cara kehidupan yang terdiri dari aspek amalan upacara serta tradisi masyarakat tersebut. Hasil kajian mendapati faktor penghijrahan dan faktor perkahwinan campur antara orang tempatan dan juga orang Cina pada masa dahulu wujudnya pengaruh budaya Cina dalam masyarakat Tatana. Perubahan yang berlaku dalam amalan budaya masyarakat Tatana adalah disebabkan oleh proses akulturasi. Hal ini telah menyebabkan kebanyakan masyarakat Tatana mempunyai keturunan Cina serta mengamalkan pengaruh budaya Cina dalam a ma Ian budaya mereka. Konsep Chinese version of Tatana Culture memperlihatkan masyarakat Tatana sebagai budaya tempatan telah mengadaptasi budaya luar iaitu budaya Cina di dalam amalan budaya mereka. Pengidentifikasian identiti etnik mereka masih berteraskan identiti Tatana walaupun mempunyai elemen pengaruh budaya Cina yang kuat dalam budaya mereka. Hal ini kerana elemen budaya tempatan iaitu bahasa dan beberapa amalan adat dan kepercayaaan seperti ritual Moginuntelah terus menjadi teras dalam kehidupan dan identiti etnik mereka. |
---|