Pemantauan 'Total Coliform' dan 'Esherichia Coli' di loji-loji rawatan air dalam Daerah Tuaran

Penilaian terhadap taburan 'Total Coliform' dan Escherichia coli di loji-Ioji rawatan air dalam daerah Tuaran. Penilaian telah dilakukan pada 16 September 2009 hingga 20 Oktober 2009, yang melibatkan 8 stesen persampelan (Intake, TPO dan SRO loji rawatan Telibong, Intake, TPO dan SRO Ta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zaidey Lamsaran Dayukan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19567/1/Pemantauan%20%27Total%20Coliform%27.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penilaian terhadap taburan 'Total Coliform' dan Escherichia coli di loji-Ioji rawatan air dalam daerah Tuaran. Penilaian telah dilakukan pada 16 September 2009 hingga 20 Oktober 2009, yang melibatkan 8 stesen persampelan (Intake, TPO dan SRO loji rawatan Telibong, Intake, TPO dan SRO Tamparuli, Intake dan TPO Topokon. Objektif penilaian adalah untuk mengetahui kepekatan 'Total Coliform' dan E.coIi di setiap stesen persampelan. Kaedah analisis digunakan adalah dengan menggunakan kaedah penentuan 'Total Coliform' dan 'Faecal Coliform' melalui kaedah 'Multiple Tube', MPN (Most Probable Number), sementara kaedah kedua adalah menggunakan kaedah 'Membrane Rlther' bagi penentuan dan pengenalpastian 'Faecal Coliform' bakteria dan Escherichia Coli dengan unit CFU (Coloni For Unit). Daripada ujian yang dijalankan dengan menggunakan SPSS dan Excell didapati stesen TPO Topokon mempunyal kepekatan 'Total coliform' dan E. Coli yang tinggi berbanding dengan stesen-stesen lain (air yang dirawat dan air yang belum dirawat).