Kesediaan guru sekolah rendah dalam pengajaran sejarah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) : satu tinjauan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan para guru sekolah rendah terhadap perlaksanaan pengajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah. Ini selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mewajibkan pengajaran Sejarah bermula pada tahun 2014 dan dilaksanakan sepenu...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Dullah Yute
格式: Thesis
語言:English
English
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19710/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19710/2/FULLTEXT.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan para guru sekolah rendah terhadap perlaksanaan pengajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah. Ini selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mewajibkan pengajaran Sejarah bermula pada tahun 2014 dan dilaksanakan sepenuhnya pad a tahun 2016.Kajian ini memberi fokus kepada lima aspek utama meliputi aspek pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap dan minat guru. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif menggunakan reka bentuk tinjauan dengan melibatkan 52buah sekolah rendah yang dipilih secara rawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian ialah 326 orang guru yang dipilih secara rawakdi daerah Tawau, Sabah. Alat kajian yang digunakan adalah borang soal selidikdan pemerhatian. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Statiscal Package For Social Science (SPSS) versi 21. Data deskriptif ditunjukkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min manakalah analisis statistik inferens iaitu ujian t, ANOVA sehala dan korelasi pearson digunakan untuk menguji hipotesis nul kajian pad a aras signifikan p< 0.05. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan guru berada pada tahap yang tinggi untuk semua aspek yang dikaji. Analisis Ujian-t aspek kesediaan guru tidak menunjukkan perbezaan min yang signifikan mengikut jantina dan kedudukan sekolah, tetapi berbeza secara signifikan mengikut jenis sekolah. Ujian ANOVA aspek kesediaan guru tidak menunjukkan perbezaan min yang signifikan mengikut pengalaman mengajar tetapi berbeza secara signifikan mengikut umur, bangsa dan kelayakan akademik. Analisis korelasi pearson pula menunjukkan terdapat hubungan sederhana kuatdan signifikan antara keempat-empat aspek dengan tahap kesediaan guru. Melalui korelasi pearsonjuga menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara kemahiran dan sikap guru terhadap pengajaran Sejarah di sekolah rendah.