Pengaruh keadilan organisasi dan diskriminasi terhadap tingkah laku kewargaan pekerja terhadap organisasi

Kepelbagaian individu dalam organisasi menimbulkan variasi ragam dan tingkah laku yang berbeza-beza. Khususnya di Sabah, kepelbagaian dan keunikan etnik melahirkan pelbagai budaya, adat resam dan tingkah laku. Pada masa yang sama, perbezaan jantina turut memainkan peranan dalam membentuk tingkah lak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asong Joseph
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19711/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19711/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepelbagaian individu dalam organisasi menimbulkan variasi ragam dan tingkah laku yang berbeza-beza. Khususnya di Sabah, kepelbagaian dan keunikan etnik melahirkan pelbagai budaya, adat resam dan tingkah laku. Pada masa yang sama, perbezaan jantina turut memainkan peranan dalam membentuk tingkah laku seseorang individu. Tingkah laku kewargaan pekerja dalam organisasi merupakan satu tingkah laku yang dilakukan di luar daripada deskripsi tugas seseorang pekerja. Terdapat pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi tingkah laku kewargaan pekerja. Di mana, keadilan organisasi merupakan satu tunjang utama dalam setiap perubahan yang dilakukan dalam organisasi yang berupaya menentukan tingkah laku pekerja dalam organisasi. Sebaliknya, diskriminasi yang berlaku mendorong kepada tingkah laku tidak produktif dalam orgasasi. Oleh itu, satu kajian dilakukan bertujuan untuk menyokong kenyataan tersebut dengan menilai pengaruh keadilan organisasi dan diskriminasi etnik dan jantina terhadap tingkah laku kewargaan pekerja. Kajian turut menilai peranan diskriminasi etnik dan jantina yang dirasakan sebagai moderator dalam hubungan keadilan organisasi dengan tingkah laku kewargaan pekerja dalam organisasi. Seramai 453 orang pekerja di sekitar kawasan Kata Kinabalu terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi Organizational Justice Swvey, OJS (Colquitt, 2001), Perceived Discrimination (Sanchez dan Brock, 1996) dan Organizational Citizenship Behavior Questionnaire, OCBs (Moorman dan Blakely, 1995). Hasil analisis mendapati pengaruh yang signifikan secara positif keadilan organisasi terhadap tingkah laku kewargaan pekerja terhadap organisasi. Diskriminasi etnik dan jantina yang dirasakan berpengaruh signifikan secara negatif ke atas tingkah laku kewargaan pekerja terhadap organisasi. Kesan moderator diskriminasi etnik dan jantina yang dirasakan ditemui dalam hubungan di antara keadilan pengagihan dengan tingkah laku interpersonal membantu pekerja dalam organisasi.