Pengaruh pengajaran-pembelajaran pelbagai dalam kalangan pelajar tingkatan empat mata pelajaran Sejarah di SMK Membakut, Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai kesesuaian Program Pengajaran-Pembelajaran Pelbagai (PPP) berdasarkan gaya pembelajaran yang digunakan dalam mata pelajaran sejarah untuk mengukur tahap penguasaan dalam topik 'Tamadun Awal Manusia" di kalangan pelajar tingkatan E...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chin, Yen Fuen
Format: Thesis
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19713/1/Pengaruh%20pengajaran-pembelajaran.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai kesesuaian Program Pengajaran-Pembelajaran Pelbagai (PPP) berdasarkan gaya pembelajaran yang digunakan dalam mata pelajaran sejarah untuk mengukur tahap penguasaan dalam topik 'Tamadun Awal Manusia" di kalangan pelajar tingkatan Empat di SMK Membakut, Sabah. Kajian ini juga mengkaji mengenai proses pengajaran-pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran pelajar untuk melihat sebarang hubungan yang mungkin wujud antara gaya pembelajaran dan aspek pengetahuan, pola-pola perlakuan serta persepsi pelajar terhadap PPP. Proses pengutipan dan analisis data berjalan serentak dan seiring memenuhl kehendak kajian kualitatif melalul tiga peringkat kutipan data iaitu pertama soalselidik berpandukan Honey and Mumford's Manual of Learning Styles (1992) untuk penentuan jenis gaya pembelajaran pelajar yang dominan, kedua pemerhatian terhadap proses pengajaran-pembelajaran berdasarkan borang pemerhatian dan rakaman video untuk memerhati pola perlakuan pelajar dan ketiga, sesi temubual separa berstruktur untuk mendapatkan gambaran tanggapan pelajar terhadap kesesuaian PPP. Instrumen Honey and Mumford's Manual of Learning Styles mengandungi 40 item berbentuk dichotomus dengan pembahagian gaya pembelajaran kepada 4 jenis iaitu reftektor, aktivis, teorist dan pragmatis. Hasil analisis terhadap skor yang diperolehi menunjukkam bahawa pelajar mempunyai kecenderungan terhadap kesemua jenis gaya pembelajaran. Namun skor paling tinggi yang diperolehi menunjukkan pelajar lebih dominan kepada jenis gaya pembelajaran aktivis, reftektor dan teoris. Berdasarkan jenis gaya pembelajaran pelajar satu program pengajaran-pembelajaran dirangka untuk 21 orang responden selaku sam pel kajian yang merupakan pelajar tingkatan Empat Amanah (Aliran Sains) di Sekolah terbabit. Responden mengikuti 6 sesi proses pengajaranpembelajaran berdasarkan pelaksanaan PPP. Ujian Pra dan ujian Pos dijalankan untuk mendapatkan tahap penguasaan pelajar sebelum dan selepas PPP. Terdapat perbezaan skor positif dalam ujian untuk ketiga jenis gaya pembelajaran. Melalui pola-pola pertakuan yang diperhatikan didapati bahawa secara keseluruhannya, pelajar memberikan respon positif terhadap PPP. Majoriti responden kajian masih menekankan bahawa proses pengajaran-pembelajaran harus mempunyai elemen-elemen keseronokan, Interaksi, kerjasama dan pemahaman terhadap pelajaran. Implikasl dapatan ini berhubung pengetahuan jenis gaya pembelajaran para pelajar adalah amat penting untuk guru merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih efektif. Dengan memberikan penekanan bahawa setiap pelajar adalah individu berbeza yang mempunyal dan melalui 'pengalaman pembelajaran' berbeza,la boleh dijadikan rangka rujukan guru menggubal strategi pengajaran berfokuskan pelajar yang bersesuaian.