Pengaruh gaya pembelajaran, keupayaan metakognitif dan amalan kemahiran belajar terhadap pencapaian akademik pelajar
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh gaya pembelajaran dan amalan kemahiran belajar terhadap keupayaan metakognitif dan pengaruh gaya pembelajaran, keupayaan metakognitif dan amalan kemahiran belajar terhadap pencapaian akademik pel ajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. S...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19740/1/Pengaruh%20gaya%20pembelajaran.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh gaya pembelajaran dan
amalan kemahiran belajar terhadap keupayaan metakognitif dan pengaruh gaya
pembelajaran, keupayaan metakognitif dan amalan kemahiran belajar terhadap
pencapaian akademik pel ajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Seramai 950
orang pelajar tingkatan empat telah dipilih secara rawak sebagai respond en kajian
bagi mewakili pelajar-pelajar Ekonomi Asas di seluruh negeri Sabah. Data bagi
kajian diperoleh melalui soal selidik SGPP, SKMP, SKBP dan SPAE sebagai alat
pengukur variabel-variabel kajian. Data kajian dianalisis menggunakan statistik
deskriptif dan inferensi yang melibatkan ujian t, korelasi pearson, regresi berganda
dan AMOS versi 18. Keputusan analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan
positif yang signifikan antara varia bel-varia bel yang terlibat. Ujian regresi berganda
juga menunjukkan bahawa dimensi-dimensi gaya pembelajaran dan amalan
kemahiran belajar masing-masing menyumbang sebanyak 42.6% dan 47.7%
terhadap keupayaan metakognitif dalam kalangan pelajar Ekonomi Asas. Analisis
selanjutnya menunjukkan keupayaan metakognitif (P=0.186, p <0.05) dan gaya
pembelajaran global (,8=0.111, p <0.05) masing-masing menyumbang sebanyak
5.9% dan 1.1% terhadap varians skor pencapaian akademik pelajar dalam mata
pelajaran Ekonomi Asas. Keputusan analisis kesepadanan model persamaan
struktural menunjukkan variabel-variabel bebas yang teribat menyumbang sebanyak
62.4% perubahan varians skor keupayaan metakognitif dan 7.0 % perubahan
varians skor pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas.
Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menyediakan bukti yang menyokong
hubungan dan pengaruh gaya pembelajaran dan amalan kemahiran belajar dengan
keupayaan metakognitif serta peranan keupayaan metakognitif sebagai mediator
dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran
Ekonomi Asas. Implikasinya kajian ini telah memberi sumbangan baharu terhadap
reka bentuk pembudayaan cara belajar yang efektif dalam kalangan pelajar Ekonomi
Asas. Justeru penguasaan terhadap ilmu pembelajaran bestari perlu terus dibina,
dipupuk dan dibudayakan secara berterusan selagi pelajar itu masih bergelar pelajar
yang sentiasa mengutamakan kecemerlangan dalam proses pembelajaran. |
---|