Kepimpinan Cina dalam sejarah perkembangan politik di Sabah (1961-2000)
Kepimpinan dalam masyarakat imigran adalah satu persoalan penting dalam sejarah politik masyarakat berbilang etnik seperti di Malaysia. Dalam hal ini masyarakat imigran Cina di Sabah mempunyai sejarah yang tersendiri termasuk kepimpinan politik masyarakat ini yang jelas merupakan sebahagian darip...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19745/1/Kepimpinan%20Cina%20dalam%20sejarah%20perkembangan.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kepimpinan dalam masyarakat imigran adalah satu persoalan penting dalam
sejarah politik masyarakat berbilang etnik seperti di Malaysia. Dalam hal ini
masyarakat imigran Cina di Sabah mempunyai sejarah yang tersendiri termasuk
kepimpinan politik masyarakat ini yang jelas merupakan sebahagian daripada
sejarah politik wilayah ini. Kajian ini adalah satu usaha melihat faktor yang menjadi
asas dalam perkembangan politik masyarakat Cina di Sabah dari 1961 hingga
2000. Kajian ini membincangkan bagaimana kepimpinan Cina berubah dalam
perkembangan politik di Sabah dari 1961 hingga 2000. Persoalan di sini mengapa
kepimpinan Cina berubah dalam perkembangan politik di Sabah dari 1961 hingga
2000? Apakah faktor asas yang mendorong perubahan kepimpinan Cina? Andaian
kajian ini adalah kepimpinan berubah disebabkan faktor kepimpinan yang dapat
menentukan sU/vival masyarakat Cina. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor
asas yang mendorong perjuangan kepimpinan Cina dalam perkembangan politik di
Sabah dari 1961-2000. Kajian ini cuba menggalurkan perkembangan kepimpinan
politik masyarakat Cina dari 1961 hingga 2000. Ia juga cuba meninjau pengaruh
faktor asas yang mendorong perubahan kepimpinan masyarakat Cina dalam
kepimpinan politik masyarakat berbilang etnik seperti di Sabah untuk menjawab
persoalan kajian ini. Hasil kajian ini mendapati sebab yang mempengaruhi
perubahan kepimpinan Cina dari 1961-2000 adalah faktor kepimpinan yang dapat
menentukan survival masyarakat Cina. Kepimpinan Cina dalam perkembangan
politik di Sabah dari 1961-2000 adalah bersifat kepentingan politik. |
---|