Persepsi guru-guru prasekolah terhadap iklim kerja dan stres dalam pengurusan bilik darjah prasekolah di Gabungan Keningau

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi guru-guru prasekolah yang mengalami stres berkaitan dengan iklim kerja dan tugas dalam mengurus bilik darjah prasekolah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 45 item. Prosedur kajian dijalank...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Kilin Toyou
格式: Thesis
語言:English
出版: 2005
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2026/1/mt0000000015.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi guru-guru prasekolah yang mengalami stres berkaitan dengan iklim kerja dan tugas dalam mengurus bilik darjah prasekolah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 45 item. Prosedur kajian dijalankan ke atas semua guru prasekolah iaitu seramai 55 orang guru di Gabungan Keningau yang dipilih secara berkelompok menjadi responden kajian. Data dianalisis menggunakan kaedah, statistik deskriptif (min), inferensi(Ujian-t), ANOVA satu hala dan Kolerasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan positif yang kuat(r=0.807, p<0.01) antara pembolehubah iklim kerja dengan tahap stres guru-guru dan terdapat hubungan yang kuat (r=0.770, p<0.01) antara pembolehubah pengurusan bilik darjah dengan tahap stres guru-guru di Gabungan Keningau. Diharapkan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merancang dan mereka bentuk progam bagi mengatasi masalah stres di kalangan guru-guru khasnya guru-guru prasekolah ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan profesion perguruan.