Permohonan pengangkatan anak :kajian kes di mahkamah syariah negeri Sabah

Pengangkatan anak telah bermula semenjak zaman jahiliiyah dan kedatangan Islam telah menjadikan ia didasari dengan hukum syarak. Seiring dengan peredaran zaman pengangkatan anak kini telah diiktiraf melalui perundangan termasuklah di Malaysia. Permasalahan kajian yang ingin dibincangkan ialah, sungg...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25088/1/Permohonan%20pengangkatan%20anak%20kajian%20kes%20di%20mahkamah%20syariah%20negeri%20Sabah.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengangkatan anak telah bermula semenjak zaman jahiliiyah dan kedatangan Islam telah menjadikan ia didasari dengan hukum syarak. Seiring dengan peredaran zaman pengangkatan anak kini telah diiktiraf melalui perundangan termasuklah di Malaysia. Permasalahan kajian yang ingin dibincangkan ialah, sungguhpun Sabah merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah dalam mengendalikan permohonan Pengangkatan Anak, namun belum ada tatacara di Mahkamah Syariah yang sistematik dan berstruktur dalam mengendalikan perkara ini. Dalam situasi ketiadaan satu panduan khusus mengenainya, tentunya permasalahan lain akan timbul yang melibatkan implikasi pengangkatan anak dalam kes-kes yang diputuskan. Hal ini amat penting dibincangkan bagi mengkaji kekuatan dan kelemahan amalan yang sedia ada. Objektif kajian ini adalah bertujuan mengkaji pengangkatan anak dalam Islam dan amalannya dalam konteks dan situasi masa kini, menjelaskan mekanisme Permohonan Pengangkatan Anak di Malaysia berdasarkan perspektif undang-undang sivil dan syariah dan menganalisis Permohonan Pengangkatan Anak di Mahkamah Syariah negeri Sabah melalui kajian kes serta implikasinya. Metode kajian adalah berdasarkan kaedah kualitatif dengan menggunakan teknik wawancara bersama informan utama dan analisis kandungan teks daripada kes-kes Mahkamah Syariah. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah indufktif dan kaedah komparatif. Hasil kajian menunjukkan Mahkamah Syariah di negeri Sabah sehingga kini belum mempunyai satu peruntukan undang-undang yang khusus terutamanya dari sudut tatacara permohonan dan hanya berpandukan kepada peruntukan mengenai bidangkuasa semata-mata. Kajian ini berupaya memberi sumbangan dalam mencadangkan penambahbaikan dari sudut tatacara permohonan yang sedia ada melalui perbandingan tatacara yang dilaksanakan di Mahkamah Sivil serta peruntukan undang-undang berkaitan kekeluargaan dan kesalahan jenayah syariah di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan pengabaian atau tanpa adanya prosuder yang menyeluruh ini akan menyebabkan implikasi yang lebih besar akan timbul dalam perkara yang berkaitan dengan penentuan nasab, perwalian, pengagihan harta, penjagaan anak dan juga nafkah.