Kesan Sympatethic Overtrainingterhadap tempoh pemulihan kadar nadi dan nilai ambang asid laktik

Ketidakseimbangan di antara intensiti latihan, beban kerja, dan jumlah masa rehat yang mencukupi mungkin mampu menyumbang kepada sindrom overtraining. Overtraining tahap dua; juga dikenali sebagai sympathetic overtraining lebih kerap berlaku dalam kalangan atlet yang memfokuskan kepada latihan berci...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azrisan Ahsan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25167/1/Kesan%20Sympatethic%20Overtrainingterhadap%20tempoh%20pemulihan%20kadar%20nadi%20dan%20nilai%20ambang%20asid%20laktik.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ketidakseimbangan di antara intensiti latihan, beban kerja, dan jumlah masa rehat yang mencukupi mungkin mampu menyumbang kepada sindrom overtraining. Overtraining tahap dua; juga dikenali sebagai sympathetic overtraining lebih kerap berlaku dalam kalangan atlet yang memfokuskan kepada latihan bercirikan pecutan dan kuasa serta gaya hidup yang menyumbang kepada tekanan serta atlet yang terlalu kerap berlatih. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan sympathetic overtraining terhadap tempoh pemulihan kadar nadi individu; yang merujuk kepada jumlah masa yang diperlukan oleh kadar nadi selepas senaman untuk kembali kepada kadar nadi sebelum senaman; serta nilai ambang asid laktik. Seramai lima orang atlet rekreasi telah menjalani latihan larian di atas treadmillsecara intensif dua sesi sehari selama 14 hari berturut-turut. Ujian prestasi yang melibatkan ujian larian di atas treadmiti ujian nilai ambang asid laktik, dan ujian tempoh pemulihan kadar nadi dilakukan sebanyak tiga _ kali sepanjang kajian. RPM ANOVA menunjukkan sympathetic overtraining memberi kesan ke atas tempoh pemulihan kadar nadi (F (2) = 4.633, p = 0.046). Nilai ambang asid laktik juga menunjukkan perubahan yang signifikan berikutan sympathetic overtraining (F (2) = 24.609, P = 0.000). Ujian t-berpasangan pula menunjukkan tiada perbezaan signifikan bagi ujian pra dan pasca kajian bagi tempoh pemulihan kadar nadi (t = 1.371, p = 0.242) manakala ujian nilai ambang asid laktik menunjukkan perubahan yang signifikan (t = -5.365, p = 0.006). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa sympathetic overtraining menyebabkan tempoh pemulihan kadar nadi semakin perlahan dan nilai ambang asid laktik semakin lambat di capai. Kajian yang lebih mendalam dengan saiz sampel yang lebih besar perlu dijalankan untuk mengesahkan dapatan kajian ini boleh digunakan untuk mengesahkan penggunaan tempoh pemulihan kadar nadi dan nilai ambang asid laktik dalam pengesanan awal sympathetic overtraining.