Kesan pembuangan jambul Nanas (Ananas Comosus (L) Merr.) dan penyimpanan ke atas kualiti buah

Kajian ini telah dilakukan untuk menilai kesan pembuangan jambul nanas sebelum tuai dan tempoh penyimpanan buah nanas ke atas kualiti buah nanas. Ia telah dijalankan selama 22 minggu termasuk rawatan di ladang bagi pembuangan jambul nanas dan penyimpanan buah didalam bilik sejuk di Makrnal Teknologi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norulazam Sharuddin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25783/1/Kesan%20pembuangan%20jambul%20Nanas.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah dilakukan untuk menilai kesan pembuangan jambul nanas sebelum tuai dan tempoh penyimpanan buah nanas ke atas kualiti buah nanas. Ia telah dijalankan selama 22 minggu termasuk rawatan di ladang bagi pembuangan jambul nanas dan penyimpanan buah didalam bilik sejuk di Makrnal Teknologi Tumbuhan. Rekabentuk eksperimen yang digunakan adalah Rekabentuk Rawak Lengkap (CRD). Eksperimen ini dijalankan dengan memberikan empat tahap rawatan pembuangan jambul termaksuklah kawalan, iaitu tanpa pembuangan jambul, pembuangan jambul pada minggu ke empat, pembuangan jambul pada minggu ke lapan, dan pembuangan jambul pada minggu ke -12. Manakala tempoh penyimpanan di dalam bilik sejuk adalah tiga tahap termasuk kawalan, iaitu tanpa tempoh penyimpanan, dua minggu penyimpanan, dan empat minggu penyimpanan. Parameter seperti jumlah pepejal terlarut (TSS), peratus (%) asid tertitrat, nilai pH, dan peratus (%) kehilangan berat telah ditentukan. Didapati pembuangan jambul pada minggu ke -12 dengan penyimpanan selama dua minggu memberikan nilai pH tertinggi iaitu nilai pH 4.21. Interaksi diantara rawatan yang lain tidak memberikan kesan yang ketara terhadap nilai kualiti , TSS, asid tertitrat (%) dan kehilangan berat (%).