Peranan wanita semasa era pentadbiran syarikat berpiagam Borneo Utara British di Borneo Utara (1881-1941)

Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis peranan yang dimainkan oleh wanita semasa era pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Borneo Utara dari tahun 1881 hingga 1941. Kajian ini cuba untuk menilai peranan yang dimainkan oleh wanita semasa zaman kolonial dan sejauh mana p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: L. Orine Ukor
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32877/1/Peranan%20wanita%20semasa%20era%20pentadbiran%20syarikat%20berpiagam%20Borneo%20Utara%20British%20di%20Borneo%20Utara%20%281881-1941%29.24PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32877/2/Peranan%20wanita%20semasa%20era%20pentadbiran%20syarikat%20berpiagam%20Borneo%20Utara%20British%20di%20Borneo%20Utara%20%281881-1941%29.FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis peranan yang dimainkan oleh wanita semasa era pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Borneo Utara dari tahun 1881 hingga 1941. Kajian ini cuba untuk menilai peranan yang dimainkan oleh wanita semasa zaman kolonial dan sejauh mana peranan ini telah memberi kesan kepada masyarakat Borneo Utara. Berdasarkan penyelidikan yang meluas mengenai sumber­sumber utama seperti dokumen-dokumen rasmi, akhbar, dan laporan pentadbiran kolonial, kajian ini mendapati terdapat begitu banyak peranan yang dimainkan oleh wanita di Borneo Utara. Peranan-peranan ini agak berbeza di antara kaum wanita peribumi, wanita Asiatik, dan wanita Barat. Antara peranan yang dimainkan oleh wanita adalah seperti pembantu rumah, suri rumah, dan pembantu suami. Di samping itu, wanita di Borneo Utara juga memainkan peranan penting dalam aspek pertanian seperti menjadi sebahagian daripada tenaga buruh di estet dan pertanian sara diri. Pada masa yang sama wanita ini juga menjadi pendidik, penginjil atau mubaligh, pelacur, Mui Tsai, pengembara, penulis buku, dan peniaga. Dasar pentadbiran SBBU yang memperkenalkan pelbagai polisi dan semasa memerintah Borneo Utara juga merupakan salah satu alasan utama kepada perubahan bentuk peranan wanita daripada tradisional kepada suatu bentuk yang lebih moden terutama sekali dalam kalangan wanita peribumi. Ketibaan wanita Asiatik seperti Jawa, Cina, Jepun, serta wanita Barat ke Borneo Utara telah mengubah keadaan Borneo Utara dan peranan wanita peribumi itu sendiri. Oleh itu, peranan wanita semasa era SBBU sememangnya wujud tetapi tidak pernah ditonjolkan secara ketara dalam rekod-rekod sejarah.