Pengaruh pengalaman, kesedaran metakognisi dan iklim organisasi sekolah terhadap efikasi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di dalam Zon Banggi, Kudat

Kajian ini bertujuan untuk menentukan corak perkaitan antara empat pemboleh ubah kajian iaitu faktor pengalaman mengajar guru, kesedaran metakognisi guru, iklim organisasi sekolah dan efikasi guru-guru yang bertugas di sekolah-sekolah rendah di dalam Zon Banggi, Kudat. Kajian ini menggunakan pendeka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Haidi Entoh
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35113/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35113/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan corak perkaitan antara empat pemboleh ubah kajian iaitu faktor pengalaman mengajar guru, kesedaran metakognisi guru, iklim organisasi sekolah dan efikasi guru-guru yang bertugas di sekolah-sekolah rendah di dalam Zon Banggi, Kudat. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, dengan berlandaskan kepada reka bentuk kajian eks-post fakto. Data dikumpul menerusi seal selidik dengan menggunakan "Teachers' Sense Of Efficacy Scale" (TSES), "Metacognition Inventory Awareness For Teacher" (MATT) dan ''School Climate Index" (SCI). Menerusi reka bentuk persampelan bertujuan dan persampelan rawak mudah, seramai 151 orang guru yang mengajar di 14 buah sekolah rendah di dalam Zon Banggi, Kudat, Sabah terlibat dalam kajian ini. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menganalisis data dan seterusnya membentangkan hasil dapatan kajian. Data dianalisis dengan menggunakan ANOVA (sehala), Korelasi Pearson 'r; Regresi Berganda dan Regresi Hierarki. Dapatan kajian mendapati tahap kepercayaan efikasi guru berada pada tahap yang tinggi dan positif. Begitu juga dengan tahap kesedaran metakognisi dan iklim organisasi sekolah yang juga menunjukkan hasil analisis dapatan yang tinggi dan positif. Dapatan juga menjelaskan bahawa faktor pengalaman mengajar guru tidak berupaya membezakan secara signifikan aras efikasi guru. Keputusan daripada analisis regresi berganda berhierarki menunjukkan bahawa dua dimensi daripada konstruk kesedaran metakognisi (conditional dan declarative) dan satu dimensi dari konstruk iklim organisasi sekolah (kepimpinan kolegial) didapati mampu memberikan sumbangan nilai peramal yang signifikan terhadap efikasi guru. Implikasi kajian mengesahkan teori kognitif sosial oleh Bandura (1997) yang menjelaskan adanya interaksi antara persekitaran dengan unsur personal (perubahan fisiologi dan kognitif) dan seterusnya menghasilkan tingkahlaku atau tindakan bagi menyesuaikannya dengan keadaan-keadaan yang dihadapi dalam membentuk efikasi kendiri. Implikasi dalam amalan memungkinkan lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi efikasi guru menerusi program dan latihan penerapan kesedaran metakognisi di kalangan guru-guru. Pihak pentadbir sekolah perlu lebih mendalami bidang kepimpinan dan pengurusan untuk memantapkan dan menjadikan mereka lebih kompeten dalam hal-hal pentadbiran di sekolah. Kajian lanjutan yang lebih mendalam mengenai efikasi guru perlu dibuat dengan lebih meluas agar kecemerlangan pelajar di sekolah dapat dicapai. Bagi mendapatkan data dan hasil kajian yang mungkin berbeza dengan kaedah kuantitatif maka kajian kualitatif adalah disyorkan untuk di buat pada masa akan datang.