Pengaruh kepemimpinan pengajaran guru, pengupayaan pengajaran guru dan iklim sekolah terhadap efikasi guru di Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Labuan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh antara kepemimpinan pengajaran guru, pengupayaan pengajaran guru dan iklim sekolah terhadap efikasi guru di sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Responden seramai empat ratus enam orang guru-guru sekolah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Juraidah Manggul
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35622/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35622/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh antara kepemimpinan pengajaran guru, pengupayaan pengajaran guru dan iklim sekolah terhadap efikasi guru di sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Responden seramai empat ratus enam orang guru-guru sekolah menengah; Kajian bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepemimpinan pengajaran guru, pengupayaan guru, iklim sekolah dan efikasi guru-guru sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Item soal selidik kepemimpinan pengajaran guru menggunakan instrumen Hallinger dan Murphy pengupayaan pengajaran guru menggunakan soal selidik 'Teacher empowerment theory (2004); iklim sekolah menggunakan soal selidik teori iklim organisasi yang dipelopori oleh Halphin dan Croft yang digunakan oleh Azizi Yahaya et.al.,(2011). Item bagi mengukur efikasi guru daripada Teachers' Sense of Efficacy Scale (TSES) yang dibina oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk-Hoy (2001), data-data ini dianalisis menggunakan "Statistical Package for Social Science" (SPSS) versi 22. Hasil analisis mendapati skor min kepemimpinan pengajaran, pengupayaan pengajaran guru dan efikasi guru pada tahap yang tinggi. Namun skor min iklim sekolah pada tahap yang sederhana. Analisis Korelasi Pearson mendapati hubungan yang signifikan dan kuat antara kepemimpinan pengajaran guru dengan efikasi guru, manakala dapatan korelasi antara iklim sekolah dengan efikasi guru adalah pada aras hubungan yang signifikan dan sangat kuat. Hubungan antara komitmen guru terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan efikasi guru. Hubungan antara pengupayaan pengajaran dengan efikasi guru adalah pada aras yang kuat. Hasil kajian, ini menyediakan asas dalam mengkaji pengaruh kepemimpinan pengajaran guru, pengupayaan pengajaran guru dan iklim sekolah terhadap efikasi guru. Analisis regrasi berganda menunjukkan kepemimpinan pengajaran guru memberikan pengaruh yang kuat terhadap efikasi guru.