Model pembikinan filem dokumentari budaya etnik Sabah

Kajian ini menganalisis elemen naratif dan stail penceritaan dalam filem dokumentari budaya terpilih Malaysia. Filem dokumentari budaya Malaysia iaitu Pemeliharaan Rinait (2011) yang telah dihasilkan oleh penerbit tempatan Sabah telah dipilih sebagai kajian kes. Kajian ini berlandaskan pendekatan ku...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Addley Bromeo Bianus
格式: Thesis
語言:English
English
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35687/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35687/2/FULLTEXT.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini menganalisis elemen naratif dan stail penceritaan dalam filem dokumentari budaya terpilih Malaysia. Filem dokumentari budaya Malaysia iaitu Pemeliharaan Rinait (2011) yang telah dihasilkan oleh penerbit tempatan Sabah telah dipilih sebagai kajian kes. Kajian ini berlandaskan pendekatan kualitatif dengan menggunakan tiga model teori yang berkaitan dengan elemen naratif dan stail iaitu teori dokumentari Bill Nichols (2001), model struktur penceritaan oleh Robert McKee (1997) dan teori semiotik oleh Roland Barthes (1977). Hasil kajian mendapati pemilihan dan penyusunan elemen naratif dan stail penceritaan adalah saling berkait di antara satu sama lain. Kelemahan pengarah dalam mengolah struktur penceritaan meliputi struktur plot (sebab dan akibat) akan menyebabkan sesebuah cerita sukar difahami oleh audiens sekali gus menyebabkan pembangunan watak, subjek dan konflik dalam sesebuah penceritaan juga tidak dapat dilakukan dengan baik. Kegagalan ini akan menyebabkan penyampaian cerita tidak dapat dilakukan dengan berkesan. Sehubungan itu, pengarah harus mengetahui model teori yang berkaitan dengan filem bagi menghasilkan sebuah filem dokumentari yang baik dan berkualiti. Kajian ini juga mencadangkan sebuah model pembikinan filem dokumentari budaya sebagai panduan bagi memperbaiki kelemahan dalam penghasilan filem dokumentari budaya di Malaysia. Melalui model ini, ia berupaya meningkatkan kualiti dan kebolehcapaian filem dokumentari Malaysia ke peringkat antarabangsa.