Hubungan kesediaan guru dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Menengah Daerah Penampang, Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara kesediaan guru dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Menengah Daerah Penampang, Sabah. Analisis deskriptif digunakan untuk mengenalpasti peratus, bilangan dan nilai min skor digunakan bagi menganalisis pelaksanaan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Annilin Apat
格式: Thesis
語言:English
English
出版: 2013
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36739/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36739/2/FULLTEXT.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara kesediaan guru dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Menengah Daerah Penampang, Sabah. Analisis deskriptif digunakan untuk mengenalpasti peratus, bilangan dan nilai min skor digunakan bagi menganalisis pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS). Analisis inferensi digunakan untuk menguji hipotesis menggunakan ujian-t, ujian ANOVA sehala dan Korelasi Pearson. Satu set soal selidik yang mengandungi 38 item telah diedarkan kepada responden. Seramai 150 orang responden telah menjawab soal selidik ini yang terdiri daripada kalangan guru-guru sekolah menengah Daerah Penampang yang mengajar pelajar Tingkatanl dan Tingkatan 2. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPPS) versi 21.0 untuk mengira kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah Pekali Alpha Cronbach=0.938. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan kuat antara kesediaan guru dari segi sikap (r=0.563, p<0.01) dan penguasaan kemahiran (r=0.551, p<0.01) dengan pelaksanaan PBS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sekolah menengah Daerah Penampang bersedia dari segi sikap dan penguasaan kemahiran untuk melaksanakan PBS pada tahap yang tinggi.