Sikap, minat dan tahap pencapaian murid bagi mata pelajaran Pendidikan Islam

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sikap dan minat murid dengan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk pengumpulan data kaedah kuantitatif telah dipilih dengan menggunakan kaedah tinjauan. Manakala pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan teknik rawak berst...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noorziean Mohd Tairudin
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36754/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36754/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sikap dan minat murid dengan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk pengumpulan data kaedah kuantitatif telah dipilih dengan menggunakan kaedah tinjauan. Manakala pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan teknik rawak berstrata mudah iaitu seramai 152 orang responden terdiri dalam kalangan murid-murid tahun lima yang mengambil matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah Kebangsaan jenis gred B dalam daerah Papar. Instrumen yang digunakan ialah satu set soal selidik yang mempunyai 4 bahagian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian murid sekolah rendah di daerah Papar adalah rendah ( min= 1.94 ), manakala tahap minat dan sikap murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam masing-masing berada pada tahap sederhana ( min= 3.4 ) dan tinggi ( min= 3.87 ). Hubungan antara sikap dengan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam adalah rendah ( r=0.242, p<0.01 ). Secara keseluruhannya melalui dapatan kajian terdapat hubungan antara sikap dan minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.