Motivasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja pensyarah kolej kesihatan swasta di Sekitar Kota Kinabalu, Sabah

Motivasi kerja sangat penting dalam memastikan seseorang individu mencapai tahap kepuasan kerja yang tinggi. Kajian ini ingin melihat tahap motivasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja pensyarah kolej kesihatan swasta di sekitar Kata Kinabalu, Sabah di mana ia telah melibatkan tiga buah kolej kesi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suzilawaty Arisa
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36758/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36758/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Motivasi kerja sangat penting dalam memastikan seseorang individu mencapai tahap kepuasan kerja yang tinggi. Kajian ini ingin melihat tahap motivasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja pensyarah kolej kesihatan swasta di sekitar Kata Kinabalu, Sabah di mana ia telah melibatkan tiga buah kolej kesihatan swasta yang berada di sekitar bandar raya ini. Pengkaji ingin melihat bagaimana tahap motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik serta kepuasan kerja mereka terhadap tugas yang mereka lakukan sebagai seorang tenaga pengajar di kolej tersebut. Motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik merupakan pembolehubah tak bersandar dan kepuasan kerja pula merupakan pembolehubah bersandar. Bagi menyempurnakan kajian ini, pengkaji telah mengedarkan 160 borang soal selidik kepada pensyarah-pensyarah kolej kesihatan swasta di sekitar Kata Kinabalu di mana mereka merupakan barisan penndidik di kolej kesihatan ini. Dapatan kajian seterusnya dianalisis menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) 18.0 bagi menentukan hubungan motivasi dan kepuasan kerja dan mencari perkaitan dan perbezaan di antara pemboleh ubah dalam kajian ini. Dapatan kajian dilaporkan mengikut ujian-ujian statistik yang digunakan seperti min, sisihan piawai, dan korelasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik pensyarah-pensyarah kolej kesihatan sekitar Kota Kinabalu berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan diantara motivasi kerja pensyarah-pensyarah kolej kesihatan swasta ini dengan kepuasan kerja yang mereka lakukan.