Modal psikologi sebagai moderator dalam hubungan di antara sumber stres kerja, stres kerja dan niat berhenti kerja dalam kalangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Tujuan kajian adalah untuk mengkaji peranan modal psikologi sebagai moderator dalam hubungan di antara sumber stres kerja, stres kerja dan niat berhenti kerja dalam kalangan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kajian ini juga bertujuan mengkaji pengaruh sumber stres kerja dan modal psikolog...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ramahtang Hj. Sennu
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37460/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37460/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian adalah untuk mengkaji peranan modal psikologi sebagai moderator dalam hubungan di antara sumber stres kerja, stres kerja dan niat berhenti kerja dalam kalangan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kajian ini juga bertujuan mengkaji pengaruh sumber stres kerja dan modal psikologi ke atas stres kerja dan niat berhenti kerja. Selain itu, kajian ini mengenalpasti perbezaan sumber stres kerja, stres kerja dan niat berhenti kerja dalam kalangan anggota TLDM. Seramai 261 anggota TLDM yang terlibat di dalam kajian ini. Data kajian dikumpulkan menggunakan set soal selidik. Empat alat kajian telah digunakan iaitu Sources of Occupational Stress (SOOS), Depression Anxiety and Stress Scale (DASS), Intention to Qu;t (ITQ) dan Psychological Capital Questionnaire (PCQ). Data kajian dianalisis dengan menggunakan aplikasi SPSS 19.0. Beberapa analisis statistik telah digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Analisis yang digunakan antaranya ialah Ujian-t Sampel Bebas, ANOVA Sehala, Regresi Pelbagai dan Regresi Hierarki. Dapatan kajian menunjukkan sumber stres kerja memberi pengaruh ke atas stres kerja. Dapatan kajian juga menunjukkan modal psikologi memberi pengaruh ke atas stres kerja dan niat berhenti kerja. Akhirnya, dapatan kajian juga menunjukkan modal psikologi berperanan sebagai moderator dalam hubungan di antara sumber stres kerja dengan stres kerja, namun tidak berperanan sebagai moderator dalam hubungan di antara sumber stres kerja dan niat berhenti kerja. Beberapa implikasi dan cadangan dikemukakan dalam kajian.